SME Bank umumkan Aria Putera Ismail berundur sebagai CEO pada 3 September | DagangNews Skip to main content

SME Bank umumkan Aria Putera Ismail berundur sebagai CEO pada 3 September

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 28 Julai - SME Bank hari ini mengumumkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulannya Datuk Wira Aria Putera Ismail akan meletakkan jawatan pada 3 Sept untuk mengejar peluang baharu.

 

Ketua Pegawai Strategi Korporat kumpulan Datuk Mohammad Hardee Ibrahim akan memangku jawatan presiden dan CEO kumpulan, menurut SME Bank.

 

“Mohammad Hardee membawa lebih 20 tahun pengalaman luas dalam industri perkhidmatan kewangan, pengkhususan dalam perbankan perniagaan dan pengurusan strategik.

 

"Beliau telah berkhidmat dengan SME Bank dalam pelbagai portfolio termasuk perbendaharaan, kewangan korporat, perbankan perniagaan dan terbaru strategi korporat,” kata SME Bank dalam satu kenyataan.

 

 

Datuk Mohammad Hardee Ibrahim
     Datuk Mohammad Hardee Ibrahim

 

 

Sementara itu, SME Bank menyatakan bahawa di bawah kepimpinannya sejak enam tahun lalu, Aria telah membuka laluan kepada SME Bank untuk memenuhi mandatnya dalam menyokong dan membangunkan PKS di Malaysia.

 

“Pada kemuncak pandemik Covid global, Aria memulakan pelbagai program bantuan dari Oktober 2020 hingga September 2022 untuk menyokong PKS dan perusahaan mikro dalam pelbagai industri, yang memanfaatkan lebih 5000 syarikat dengan jumlah pembiayaan RM9.12 bilion,” tambahnya. - DagangNews.com