KUALA LUMPUR 23 Jun - Spritzer melancarkan inisiatif kemampanan baharu syarikat apabila memperkenalkan botol tanpa label dan 100% boleh dikitar semula untuk air mineral asli yang kaya dengan silika.
Jenama air mineral itu memaklumkan, ia sebagai sebahagian daripada langkah ke arah mengurangkan penggunaan plastik dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar.
Katanya, kualiti Air Mineral Asli Spritzer kekal sama, dengan air berasal dari sumber terpelihara yang asli di Taiping, Perak, yang mana botol tersebut dihasilkan daripada plastik kitar semula.
"Air Mineral Asli Spritzer yang kaya dengan silika mempunyai rasa lebih baik dan telah diiktiraf oleh International Taste Institute yang berpangkalan di Brussels di Superior Taste Award 2022.
"Untuk pelancaran, botol tanpa label mempunyai pengedaran terhad pada mulanya dan kini boleh didapati di kedai dalam talian Spritzer dan Spritzer EcoPark," katanya dalam kenyataan media di sini.
Pilihan Air Mineral Asli Spritzer 1.25 liter dan 550 mililiter kini hadir tanpa label dan pengguna masih boleh menikmati air berkualiti seimbang yang sesuai untuk membancuh kopi atau teh dan digunakan untuk memasak.
"Inisiatif terbaharu pembungkusan mampan ini adalah sebahagian daripada bukti komitmen kami untuk menjadi jenama yang mengutamakan alam sekitar sepenuhnya menjelang 2030.
"Kini lebih penting bagi kami untuk membawa pengguna air mineral semula jadi kami dengan cara yang lebih mampan kerana kami berhutang segala-galanya kepada alam semula jadi," katanya.
Sebagai sebahagian daripada usaha alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), Spritzer menggalakkan semua orang untuk lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Dengan mengambil langkah kecil ke arah kemampanan seperti memilih produk mesra alam, ia boleh memberi impak besar kepada kesihatan bumi untuk generasi akan datang.
Air Mineral Asli Spritzer tanpa label kini boleh ditempah melalui https://shop.spritzer.com.my/, https://shoppee.com.my/spritzer.os, https://www.lazada.com.my /shop/spritzer/ atau di Spritzer EcoPark. - DagangNews.com