KUALA LUMPUR 12 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya sedang mengesan seorang lelaki tempatan bergelar Datuk bagi membantu siasatan kes SPRM.
SPRM memaklumkan, lelaki berkenaan dikenali sebagai Datuk Justin Lim Hwa Tat yang berusia 47 tahun.
"Lim mempunyai alamat terakhir di No. 54, Jalan SS 22/27 Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor," katanya dalam kenyataan media di sini, lapor Bernama.
Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit agar menghubungi pegawai penyiasat, Freddick Makiun menerusi talian 03-88700480 atau 014-8595925 atau e-mel kepada [email protected]. - DagangNews.com