SPRM cari Pengarah Urusan Gafung Petroleum, Tang Kuok Sing sebagai saksi utama kes libatkan Sapura Kencana Offshore | DagangNews Skip to main content

SPRM cari Pengarah Urusan Gafung Petroleum, Tang Kuok Sing sebagai saksi utama kes libatkan Sapura Kencana Offshore

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 5 Feb - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mencari Pengarah Urusan Gafung Petroleum Sdn Bhd, Tang Kuok Sing bagi membantu sebuah kes yang sedang dibicaran di Mahkamah Sesyen Jenayah, Kuala Lumpur.

 

SPRM dalam satu kenyataan berkata, Kuok Sing sangat diperlukan kerana dia merupakan saksi utama bagi kes tersebut.

 

Kuok Sing yang berusia 51 tahun mempunyai alamat terakhir di No. 150, Lorong Lapangan Terbang 51, Jalan Lapangan Terbang, 93450 Kuching, Sarawak. 

 

SPRM menggesa orang ramai yang mengetahui atau mempunyai maklumat berhubung keberadaan Kuok Sing untuk menghubungi pegawai penyiasat Zainan Sarif Marjan di talian 03-8870 0331 atau 019-8699 370, atau e-mel di zainan.sarif@sprm.gov.my.

 

sprm
Tang Kuok Sing

 

Kes yang dibicarakan itu melibatkan bekas kakitangan eksekutif Sapura Kencana Offshore Sdn Bhd yang didakwa menerima rasuah daripada Gafung Petroleum antara 2012 dan 2014, bagi bekalan bahan api kepada kapal milik Sapura Kencana Offshore.

 

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada Kuok Sing masih lagi Pengarah Urusan Gafung atau sebaliknya.

 

Pada Jun 2019, Gafung Petroleum menandatangani memorandum perjanjian dengan Bintulu Port Sdn Bhd, bagi mengukuhkan aktiviti penampungan bahan api kapal-ke-kapal di Pelabuhan Bintulu. - DagangNews.com