Stok minyak sawit Malaysia susut lebih 10% pada Mac 2024, kekal di bawah 2 juta tan | DagangNews Skip to main content

Stok minyak sawit Malaysia susut lebih 10% pada Mac 2024, kekal di bawah 2 juta tan

Stok minyak sawit Malaysia pada Mac 2024 susut kepada 1.71 juta tan, dengan eksport meningkat lebih cepat daripada pengeluaran.Gambar hiasan Nazarizal Mohammad Unsplash
Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 15 April - Stok minyak sawit Malaysia pada Mac 2024 susut kepada 1.71 juta tan, dengan eksport meningkat lebih cepat daripada pengeluaran.

 

Menurut data Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), jumlah stok pada bulan lalu menguncup 10.57% berbanding Februari 2024 yang berjumlah 1.92 juta tan.

 

Pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) Mac 2024 bagaimanapun meningkat 10.57% berbanding Februari 2024, menjadi 1.39 juta tan.

 

MSM pada Februari 2024 berjumlah 1.26 juta tan.

 

Eksport minyak sawit pada Mac 2024 pula berjumlah 1.31 juta tan, peningkatan 28.6% berbanding bulan sebelumnya.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Stok minyak sawit Februari susut bawah 2 juta tan, cecah paras terendah 7 bulan

 

Reuters sebelum ini mngunjurkan inventori Mac pada 1.79 juta tan, penurunan 6.65% daripada bulan sebelumnya, dengan pengeluaran pada 1.38 juta tan dan eksport pada 1.23 juta tan.

 

Menurut MPOB, ini merupakan data peringkat awal dan boleh disemak kemudian.

 

Sejak Oktober lalu, stok minyak sawit Malaysia menyusut bulan ke bulan

 

Semakan data MPOB menunjukkan paras terendah stok minyak sawit pada tahun lalu direkodkan pada bulan April dengan sebanyak 1.49 juta tan. - DagangNews.com