Straits Energy Resources raih kontrak pemasangan kabel bawah tanah bernilai RM27.74 juta | DagangNews Skip to main content

Straits Energy Resources raih kontrak pemasangan kabel bawah tanah bernilai RM27.74 juta

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 11 Okt - Straits Energy Resources Berhad menerusi Straits CommNet Solutions Sdn. Bhd. berjaya meraih kontrak bernilai RM27.74 juta daripada Tianu Sdn Bhd bagi memasang, menguji dan mentauliahkan kabel bawah tanah dan aksesori aluminium XLPE untuk pembangunan aset untuk Tenaga Nasional Berhad (TNB).

 

Tianu merupakan kontraktor utama bagi kerja-kerja yang diberikan oleh TNB.

 

Straits CommNet telah membentuk perkongsian pintar dengan Tianu untuk menjalankan projek itu.

 

Kontrak itu akan berjalan selama setahun dengan pilihan untuk dilanjutkan selama setahun lagi.

 

Straits Energy berkata, Straits CommNet akan menyediakan bon prestasi sebanyak RM1.49 juta dalam tempoh 28 hari dari tarikh surat anugerah.

 

"Kerjasama strategik ini mewakili gabungan pengalaman luas Tianu dalam teknologi kabel dan kemahiran Straits CommNet dalam rumusan rangkaian.

 

"Matlamatnya adalah untuk merevolusikan pemasangan, ujian dan pentauliahan kabel bawah tanah, memastikan prestasi optimum, kebolehpercayaan dan kemampanan dalam rangkaian pengedaran," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Katanya, penerimaan surat anugerah adalah selaras dengan strategi syarikat bagi mengembangkan rangkaian perniagaannya, meningkatkan aliran pendapatannya dan untuk meneruskan kerjasama strategik dengan rakan kongsi perniagaan yang dihargai untuk memupuk masa depan yang mampan.- DagangNews.com