Sunview Group raih kontrak EPCC PV bernilai RM93.8 juta di Kuala Langat | DagangNews Skip to main content

Sunview Group raih kontrak EPCC PV bernilai RM93.8 juta di Kuala Langat

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 25 Okt - Sunview Group Berhad menerusi anak syarikatnya, Fabulous Sunview Sdn. Bhd. menerima kontrak daripada LSS TPG Sdn. Bhd. bagi perkhidmatan kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) Loji Fotovoltaik Berskala Besar (PV) 26MW bernilai RM93.8 juta.

 

Projek PV itu akan dibangunkan di Tanjung Dua Belas, Kuala Langat, Selangor.

 

"Skop kerja kontrak itu melibatkan permulaan projek, pengurusan dan kejuruteraan serta perkhidmatan perundingan, perolehan modul dan peralatan solar PV, kerja tanah, kerja awam dan kerja sampingan, dan ujian dan pentauliahan," katanya dalam satu pemakluman di Bursa Malaysia, hari ini.

 

Kontrak berkenaan akan bermula pada 1 Februari sehingga 30 November 2023 atau tarikh lain yang ditentukan di bawah perjanjian pembelian kuasa, sebagai tarikh operasi komersial yang dijadualkan yang dipersetujui.

 

Kontrak adalah dalam urusan biasa perniagaan Fabulous Sunview.

 

Potensi risiko yang terlibat dalam kontrak itu dianggap sebagai risiko operasi biasa dan adalah sama dengan mana-mana kerja lain seumpama itu yang dijalankan.

 

Kontrak itu akan menyumbang secara positif terhadap pendapatan Sunview dan anak-anak syarikatnya pada masa hadapan sepanjang tempoh kontrak berlangsung.

 

Kontrak itu tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan pegangan saham pemegang saham yang besar syarikat. - DagangNews.com