Taman rekreasi awam di negeri Fasa 1 PPN dibuka 16 Ogos 2021 | DagangNews Skip to main content

Taman rekreasi awam di negeri Fasa 1 PPN dibuka 16 Ogos 2021

Photo by <a href="https://unsplash.com/@jamesplewis?utm_source=unsplash&utm_medium=referral&utm_content=creditCopyText">James Lewis</a> on <a href="https://unsplash.com/s/photos/jogging?utm_source=unsplash&utm_medium=referral&utm_content=creditCopyText">Unsplash</a>

Oleh JOHARDY IBRAHIM
editor@dagangnews.com

 

 

PUTRAJAYA 15 Ogos -  Kerajaan bersetuju membenarkan taman-taman rekreasi awam bagi negeri-negeri di dalam Fasa 1 PPN dibuka bagi tujuan
aktiviti riadah berkuatkuasa 16 Ogos 2021.

 

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia adalah bagi memastikan kesejahteraan rakyat dipelihara terutamanya dalam usaha mengurangkan tekanan terhadap kesihatan mental.

 

''Tetapi ingat, HANYA aktiviti yang boleh dilakukan secara individu seperti jogging, berbasikal dan bersenam dibenarkan, selari dengan SOP sukan dan riadah dalam Fasa 1 PPN.

 

''Orang ramai juga hanya dibolehkan mengunjungi taman-taman rekreasi awam di kawasan kejiranan sahaja. Janganlah rentas negeri atau daerah untuk pergi ke taman
rekreasi lain,'' kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.


 

15ogos2021

 

 

Perdana Menteri berkata, kebenaran ini amat penting untuk rakyat mendapat lebih masa berada di kawasan yang terbuka dan mempunyai sistem pengudaraan yang lebih baik berbanding hanya terkurung di rumah. Jadi, saya amat berharap agar kemudahan ini tidak disalah guna.

 

''Ingin saya tegaskan bahawa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi berkaitan yang bertanggungjawab memantau pematuhan SOP di taman-taman rekreasi awam ini, mestilah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelaksanaan kemudahan yang diberikan bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan dan mengelakkan mudarat,'' kata beliau. - DagangNews.com