Tan Sri Dr Ali Hamsa dilantik sebagai pengerusi KPJ Healthcare | DagangNews Skip to main content

Tan Sri Dr Ali Hamsa dilantik sebagai pengerusi KPJ Healthcare

Tan Sri Dr Ali Hamsa

KUALA LUMPUR 24 Jun - KPJ Healthcare Bhd melantik bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa sebagai pengerusi bukan eksekutif dan pengarah bukan eksekutif bebas berkuat kuasa 23 Jun 2021.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, penyedia penjagaan kesihatan itu berkata, Ali, 66, ketika ini adalah pengerusi Kulim (Malaysia) Bhd dan pengarah eksekutif G Capital Bhd.

 

Ia berkata, beliau juga adalah pengarah bukan eksekutif bebas pengeluar jubin, YB Ventures Bhd, lapor Bernama.

 

Pada 22 April 2009, Ali dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) pertama di bawah Jabatan Perdana Menteri.

 

Beliau berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Negara ke-13 Malaysia dari 24 Jun 2012 hingga 28 Ogos 2018. - DagangNews.com