KUALA LUMPUR 21 Mei - Sehingga kini Kementerian Pertahanan (Mindef) masih belum memutuskan calon pengganti kenderaan perisai pembawa anggota (APC) Radpanzer Condor tentera pengaman Malaysia di Lebanon.
Sekurang-kurangnya 136 buah kenderaan jenis A 4x4 akan dibeli menerusi peruntukan RM2.049 bilion sepertimana yang diumumkan selepas Bajet 2023 dibentangkan.
Daripada jumlah ini, kira-kira 40 buah untuk menggantikan Radpanzer Condor di Lubnan.
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7371351116849761552.jpg?itok=qyExr3AH","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7371351116849761552?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7239999029697168898","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}
Berdasarkan pemerhatian semasa Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2024 lalu, calon paling berpotensi dilihat pada kenderaan Tarantula varian baharu.
Mildef International Technologies Sdn Bhd. (Mildef) memperkenalkan varian ini berdasarkan ciri-ciri yang dikehendaki oleh Tentera Darat setelah melalui banyak ujian sebelumnya.
Kenderaan Tarantula yang dipamerkan adalah varian terkini menggunakan casis Monocoque mengikut spesifikasi dan keperluan Tentera Darat.
Pengubahsuaian ketara ialah ia dipendekkan sedikit berbanding varian terdahulu dengan dikendalikan tiga kru.
Sebagai APC, Tarantula boleh membawa tujuh penumpang atau anggota tentera dengan laluan keluar masuk melalui pintu sisi dan belakang kenderaan.
Jentera ini dilengkapi dengan perisai tahap 2 dan boleh ditingkatkan kepada perisai tahap 3 melibatkan Stanag 4569 pada bahagian sisi dan hadapan.
Ini merupakan spesifkasi NATO yang menetapkan skala perisai atau perlindungan pada kenderaan perisai ringan untuk membawa anggota dan logistik.
Varian baharu ini Tarantula dipasang kupola RCWS dengan senjata mesingan 12.7mm dan 7.62mm.
Pada sisi kenderaan ini pula terdapat pelancar grenad 76mm untuk memberikan tembakan perlindungan semasa pertempuran.
Tarantula dilancarkan pada April 2021 oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Tarantula melalui pelbagai ujian daripada kumpulan uji nilai Tentera Darat Malaysia dan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) Mindef.
Antaranya ujian atas jalan raya selama sembilan hari merangkumi perjalanan 700 kilometer (km) dan 300km lagi ujian panduan di laluan muka bumi sukar.
Ada kelebihan lain sebenarnya jika Tarantula dipilih Mindef untuk dibekalkan kepada tentera pengaman di Lubnan kerana ia menjadi platform terbaik mengetengahkan produk pertahanan tempatan.
Misi pengaman UNIFIL di Lebanon merupakan yang keempat terbesar dalam senarai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dengan penglibatan lebih 10,000 tentera dari 49 negara.
Dengan mengoperasikan Tarantula, kenderaan perisai buatan Malaysia ia akan membuka ruang untuk negara luar melihat keupayaan industri pertahanan tempatan.
Melalui penggunaan sebenar di lapangan, ia akan ditambah baik termasuk sebarang kelemahan bagi menjadikan produk atau kelengkapan seterusnya lebih mantap.
Hampir semua negara yang menjadi pengeksport kelengkapan pertahanan di dunia merupakan pengguna pertama peralatan tersebut dengan matlamat adalah untuk membuktikan kebolehannya.
Menggunakan kenderaan perisai buatan sendiri juga bermakna kita mengiktiraf kebolehan anak tempatan.- DagangNews.com
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/Rkyq99U15rE.jpg?itok=WWDvooGT","video_url":"https://youtu.be/Rkyq99U15rE","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}