Tarikh akhir kemuka borang nyata cukai bukan perniagaan bermula 30 April ini | DagangNews Skip to main content

Tarikh akhir kemuka borang nyata cukai bukan perniagaan bermula 30 April ini

LHDN

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 27 April - Tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata Cukai Tahun Taksiran 2020 bagi pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan bermula 30 April 2021.

 

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dalam satu kenyataan berkata, tarikh berkenaan adalah bagi pengemukaan borang nyata cukai secara manual, manakala e-Failing pula adalah pada 15 Mei 2021.

 

Berikut adalah jadual jenis borang dan kategori penuh bagi pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan;

 

.

 

LHDN memberitahu, pembayar cukai juga boleh membuat rujukan kepada Program Memfail Borang Nyata bagi tahun 2021 (Pindaan 1/2021) sebagai panduan berkenaan pengemukaan Borang Nyata Cukai tersebut.

 

Rujukan berkenaan boleh dibuat melalui pautan http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2021_Pin.1_1.pdf.

 

"Pembayar cukai disarankan untuk mengemukakan Borang Nyata Cukai dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti lewat hantar borang dan kenaikan lewat bayar cukai. 

 

"Pembayar cukai juga dinasihatkan untuk mengisi maklumat diri dan perbankan yang tepat serta terkini bagi membantu kelancaran proses bayaran balik cukai (jika ada)," jelas LHDN. - DagangNews.com