Tawaran Awam Permulaan Sik Cheong terlebih langganan 213.53 kali | DagangNews Skip to main content

Tawaran Awam Permulaan Sik Cheong terlebih langganan 213.53 kali

Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Syarikat pembungkusan, pemasaran dan pengedaran minyak sawit olein RBD, Sik Cheong Berhad mengumumkan tawaran awam permulaan (IPO) untuk orang awam telah terlebih langgan sebanyak 213.53 kali.

 

Menurut Sik Cheong, sebanyak 26,935 permohonan untuk 2,853,204,800 saham IPO diterima bagi 13.3 juta saham yang disediakan untuk permohonan orang ramai Malaysia.

 

Bagi bahagian Bumiputera, sebanyak 14,953 permohonan untuk 1.306 bilion saham IPO telah diterima, mewakili kadar lebihan langganan sebanyak 195.4 kali.

 

Bahagian bukan Bumiputera pula menerima sejumlah 11,442 permohonan untuk 1,547,122,600 saham IPO, mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 231.65 kali.

 

Di samping itu, empat juta saham IPO yang disediakan untuk individu yang layak juga telah dilanggan sepenuhnya.

 

"Sebanyak 48,700,000 Saham Terbitan dan 20,000,000 Saham Tawaran yang disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih juga telah ditempatkankan sepenuhnya," kata TA Securities bagi mewakili Sik Cheong hari ini.

 

sik

 

ARTIKEL BERKAITAN: Mercury Securities saran 'langgan' saham Sik Cheong, FV 33 sen sesaham

 

Sik Cheong menyasarkan untuk mengumpul RM17.8 juta daripada pelaksanaan tawaran awam permulaan (IPO), menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

 

Berdasarkan harga IPO 27 sen sesaham dan saham terbitan yang diperbesarkan sebanyak 266 juta saham, permodalan pasaran Sik Cheong semasa penyenaraian adalah kira-kira RM71.8 juta.

 

Kumpulan itu akan memperuntukkan 40.3% atau RM7.2 juta bagi kemudahan pembungkusan termasuk pembinaan semula kilang no.9 dan pembelian mesin serta peralatan baharu.

 

Pembinaan semula ini akan memudahkan produk baharu Sin Cheong – minyak kacang soya oleik tinggi, mewujudkan aliran pendapatan tambahan untuk kumpulan.- DagangNews.com