KUALA LUMPUR 23 Mei - TCL, jenama elektronik dan jenama televisyen kedua terbesar dunia hari ini memperkenalkan 115"X955 Max QD-Mini LED TV terbesar di dunia serta QD-Mini LED TCL C855, C655 berskrin besar yang terkenal dengan teknologi QLED Pro dan AiPQ Pro Processor serta pendingin udara TCL FreshIN yang menampilkan teknologi sistem 2 Way Fresh Air & Penapis QuadruPuri.
Semasa majlis perasmian produk tersebut, Pengarah Urusan TCL Malaysia, Carolyn Qiu memberi penekanan bahawa rangkaian baharu televisyen dan pendingin udara tersebut seiring dengan visi TCL ‘Membina Masa Hadapan yang Mampan dan Berhubungan dengan Teknologi Terkini’, sekali gus menyediakan prestasi premium dan pengalaman yang menakjubkan.
Dalam landskap teknologi yang pesat berkembang, menggabungkan hiburan di rumah dan kerja pejabat semakin menjadi trend penting, justeru ia mengubah semula cara kita berinteraksi dengan ruang kediaman.
Pasaran hiburan rumah di Malaysia diunjurkan melebihi AS$35 bilion menjelang 2024, dan purata hasil bagi setiap pemasangan Rumah Pintar dijangka mencecah kira-kira AS$49.01 (Sumber: Statista).
Oleh itu, pelancaran TV dan pendingin udara ternyata berada pada landasan tepat untuk memenuhi permintaan terhadap tontonan yang berkualiti tinggi, mengasyikkan dan pengalaman kehidupan.
Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, pelancaran 115"X955 Max bukan hanya menetapkan standard baharu untuk pengalaman tontonan malah ia juga mengatasi teknologi OLED tetapi meletakkan jenama itu sebagai dalam pasaran televisyen 98-inci di seluruh dunia.
"Menerusi kecerahan puncak sebanyak 5,000 nits dan lebih daripada 20,000 zon pemalapan setempat, ia menawarkan kejelasan visual selain paparan teknologi QD-Mini LED yang dikenali sebagai QLED PRO, yang menawarkan gamut dan ketepatan warna yang unggul berbanding paparan OLED.
"Dengan kemampuan untuk mencapai 100,000 jam kestabilan warna, penonton boleh menikmati warna seakan-akan hidup yang kekal bertenaga dan nyata dari semasa ke semasa," katanya.
Sementara itu, TCL C855 QD-Mini LED TV menampilkan lebih daripada 2,000 zon pemalapan setempat dan kecerahan puncak 3,500, 144Hz VRR dimilikinya pula disesuaikan kepada kadar bingkai input berbeza dalam masa nyata sera sistem audio 60W ONKYO dan Dolby Atmos menyediakan pengalaman bunyi-bunyian 360 darjah, dilengkapi dengan audio pelbagai saluran 2.2.2 dengan enam saluran bunyi.
Bagi model TCL C655 QLED TV, ia menyediakan paparan visual yang mengagumkan dengan palet lebih daripada 1 juta warna dan jumlah warna sehingga 95% berdasarkan standard DCI-P3.
Menerusi penggunaan teknologi Quantum Dot dan AiPQ Pro Processor, TCL C655 menggabungkan algoritma pengoptimuman Ai-Gambar-Kualiti, meningkatkan kejelasan, kontras, sokongan HDR, warna dan gerakan untuk memberikan pengalaman tontotan yang menakjubkan.
Dalam pada itu, pendingin udara TCL FreshIN dilengkapi dengan teknologi sistem 2 Way Fresh Air yang dipatenkan oleh TCL, menyediakan penyelesaian ideal untuk mengekalkan kualiti udara dalaman yang selesa dan sihat.
Ia menyediakan bekalan udara segar komprehensif pada kadar 60 meter padu/jam dan mengeluarkan udara dalaman pada kadar 30 meter padu/jam, meningkatkan keselesaan terma dan pengalaman pengguna.
"Mod Exhaust menghilangkan bau dan bahan berbahaya seperti formaldehid serta bauan sisa dapur. Pada masa yang sama, Mod Purification berserta sistem Penapis QuadruPuri dan penapis berkecekapan tinggi dan berketumpatan tinggi HEPA, melakukan penapisan zarah halus, habuk dan bakteria dengan berkesan, sekali gus memastikan kualiti udara dalaman yang sihat," katanya
Produk-produk itu akan berada di pasaran Malaysia melalui pra pesanan di kedai dalam talian rasmi TCL dan kedai pengedar yang sah.
Siri C855 dan C655 bakal ditawarkan dalam beberapa saiz untuk memenuhi pelbagai keperluan pengguna. Jualan untuk C655 50-inci bermula pada harga RM2,999, manakala C855 75-inci bermula pada harga RM15,799 dan harga runcit untuk 115"X955 Max ialah RM149,999.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk, sila layari www.tcl.com. - DagangNews.com