KUALA LUMPUR 29 Okt - RHB Investment menyemak naik harga sasaran (TP) dan unjuran pendapatannya Farm Fresh Bhd berdasarkan jangkaan harga bahan mentah yang rendah dan tukaran mata wang asing menggalakkan.
Mereka mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM2.11 bebranding RM1.88 sesaham.
Firma penyelidikan itu berkata, margin untung kasar syarikat kekal melebihi 30% dalam tiga suku terakhir, dan mungkin terdapat lebih banyak peningkatan pada masa hadapan.
"Ini memandangkan angka susu tepung penuh dan susu mentah yang berharga rendah (-5% dan -11% berbanding suku pertama tahun kewangan 2025 (1QFY25) angka Mac ditunjukkan pada suku berikutnya.
"Selain itu, ringgit yang lebih kukuh akan diterjemahkan kepada lebih murah kos penyumberan,kerana lebih 40% daripada kos barangan yang dijual adalah kandungan import," katanya dalam atu nota kajian.
RHB Investment menyemak naik pendapatan FY26F-FY27 sebanyak 5% setiap satu untuk mengambil kira andaian tukaran mata wang asing dalaman yang disemak semula dan gaji minimum yang lebih tinggi.
"Kami percaya kumpulan itu akan terus memanfaatkan ekuiti jenamanya yang mantap untuk menembusi lebih banyak pasaran, sekali gus memacu pertumbuhan jualan tanpa henti," katanya.
Firma penyelidikan itu berkata, pendirian positif mereka adalah berdasarkan landasan yang jelas untuk pertumbuhan, penyampaian pendapatan yang lebih konsisten, dan visi pengurusan yang bercita-cita tinggi, yang sepatutnya menjamin premium penilaian.
Farm Fresh menyasarkan untuk menguasai 5% bahagian pasaran ais krim barangan pengguna (CPG), yang diunjurkan melebihi RM1.2 bilion menjelang 2025, dengan mempelbagaikan penawarannya.
Kumpulan itu baru-baru ini melancarkan jenama Cream Houz, selepas Yarra oleh Farm Fresh dan Farm Fresh Grow pada akhir 2022.
Farm Fresh juga menyasarkan untuk meraih bahagian dalam pasaran minuman malt coklat yang menguntungkan bernilai RM1 bilion, kerana tindakan boikot pengguna yang berterusan telah membuka peluang yang jarang berlaku.
Ia melancarkan varian serbuk pada Julai 2024 dan terdapat rancangan untuk melancarkan produk sedia untuk diminum pada 2025.- DagangNews.com