KUALA LUMPUR 29 Nov - Icon Offshore Bhd berdepan cabaran apabila kadar sewa harian (DCR) untuk subsektor kapal sokongan luar persisir (OSV) diramal menyusut bermula bermula separuh kedua 2025 disebabkan penangguhan perbelanjaan modal oleh Petronas.
Firma penyelidikan itu kekal berhati-hati terhadap subsegment OSV kerana kitaran menaik mungkin berakhir tidak lama lagi keranan perbelanjaan modal Petronas yang lebih rendah boleh menyebabkan aktiviti penerokaan serta pembangunan domestic lebih rendah pada 2025.
"Bagaimanapun, khusus untuk Icon Offshore, kami yakin walaupun berdepan cabaran, ia akan terus menunjukkan peningkatan operasi secara beransur-ansur (daripada asas yang rendah) pada suku akan datang di bawah pengurusan baharunya," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Terdahulu, hasil kumpulan pada suku ketiga berakhir 30 September 2024 (3QFY24) meningkat sebanyak 20.7% kepada RM70.6 juta berbanding RM58.5 juta pada 3QFY23.
Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2024 (9MFY24), kumpulan itu merekodkan hasil sebanyak RM157.9 juta dan keuntungan kasar RM7 juta manakala untung bersih kumpulan menyusut kepada RM300,000.
ARTIKEL BERKAITAN: Untung bersih Icon Offshore pada 3QFY24 meningkat 158.2% kepada RM18.3 juta
Maybank IB berkata, walaupun menjangkakan keuntungan dari suku tahun ke suku tahun kumpulan lebih lemah pada 4QFY24 disebabkan bermulanya musim monsoon, kumpulan itu dipercayai terus mencipta keuntungan.
Katanya, peningkatan selanjutnya akan datang daripada langkah pemotongan kos pengurusan baharu ditambah dengan usaha gigih untuk secara proaktif meningkatkan kadar penggunaan armada dan DCR (daripada asas yang rendah).
"Kami mengekalkan saranan "pegang" dengan harga sasaran (TP) RM1.20 sesaham," katanya.- DagangNews.com