KUALA LUMPUR 7 Nov - CIMB Group Holdings Bhd dijangka mencatatkan keuntungan bersih yang mendatar pada 3QFY24 bergantung kepada jumlah pinjaman serta kemerosotan lain yang berlaku, kata RHB Investment.
Katanya, walaupun pendapatan bagi tempoh sembilan bulan tahun ini seharusnya melebihi 75% tetapi kami juga menjangkakan suku keempat yang lebih lemah.
"Bagaimanapun, kami melihat ruang untuk penilaian semula, dengan sasaran pulangan ke atas ekuiti (ROE) yang lebih tinggi di bawah pelan jangka pertengahan seterusnya sebagai pemangkin," katanya dalam atu nota kajian, hari ini.
Firma penyelidikan itu berkata, pengurusan menjangkakan margin faedah bersih (NIM) akan berdepan tekanan pada suku keempat berikutan persaingan deposit bermusim di Malaysia selain penetapan semula aset di Singapura.
Katanya, kadar deposit telah meningkat sebanyak 5-10bps pada 4QFY24 (selaras dengan itu pada 4QFY23), dan paras ini dijangka bertahan sehingga perayaan Tahun Baharu Cina.
"Bagi pinjaman, pertumbuhan di Malaysia kekal sederhana manakala pertmbuhan luar negaranya akan terjejas disebabkan nilai ringgit yang lebih kukuh (impak mata wang kepada pendapatan boleh diurus)," katanya.
RHB Investment berkata, selain daripada peluang dagangan daripada hasil bon yang lebih rendah, CIMB menekankan usaha berterusan untuk menambah baik dagangan francais pelanggannya dan aliran tukaran mata wang asing.
Katanya, beberapa perubahan petunjuk prestasi utama (KPI) mula dirasai, perubahan struktur selanjutnya tentang cara CIMB menghampiri perkara itu harus bermula dari tahun depan.
"Bagaimanapun, Oktober adalah bulan yang sukar dan, sementara November kelihatan lebih baik dan Disember lazimnya adalah bulan yang perlahan untuk aliran pelanggan," katanya.
Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM9.25 sesaham.- DagangNews.com