KUALA LUMPUR 25 Oktober - Keuntungan teras Texchem Resources bagi sembilan bulan terakhir 2024 (9M24) memenuhi ramalannya didorong oleh bahagian kejuruteraan polimer dan perindustrian yang berpulih, kata RHB Investment.
Firma penyelidikan itu berkata, Texchem mencatat keuntungan teras pada 9M24 pada RM3.8 juta berbanding dengan RM7.1 juta pada tempoh masa yang sama tahun lepas.
"Peningkatan keuntungan itu didorong komitmen Ketua Pegawai Eksekutif baharunya, Dr Yuma Konishi yang memastikan pertumbuhan syarikat yang mampan dan operasinya ditingkatkan.
"Penilaian 7.1x semasa pada FY25 memberikan peluang untuk menceburi set perniagaan yang pelbagai serta memanfaatkan pemulihan pendapatan," katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini.
Bagi tahun-ke-tahun pula (YoY), pendapatan 9M24 Texchem meningkat 13.2% kepada RM851.2 juta didorong oleh pemulihan perindustrian (+18.2%), kejuruteraan polimer (+26.6%) dan bahagian restoran, walaupun diimbangi (-6%) dalam sektor makanan.
Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) bagi margin 9M24 meningkat 0.6ppts kepada 7.4% dengan peningkatan dalam bahagian industri dan polimer.
Katanya, bagi suku ke suku pula (QoQ), jualan 3QFY24 jatuh 4.7% kepada RM280.8 juta, tetapi keuntungan teras meningkat 328% kepada RMR4.2 juta didorong oleh campuran produk yang lebih baik dalam bahagian perindustrian dan polimer, yang membawa kepada jualan yang lebih rendah tetapi menjana margin lebih tinggi.
"Dari sektor perindustrian, bahan kimia pukal menyaksikan hasil yang positif serta dijangka peningkatan dalam jualan dan bahagian pasaran. Kenaikan harga bahan kimia baru-baru ini sepatutnya meningkatkan margin dalam tempoh terdekat, didorong oleh kos inventori yang lebih rendah.
"Dalam sektor restoran, Texchem merancang untuk menambah baik menu, mengembangkan ke kawasan pinggir bandar dan memasuki pasaran Indonesia, manakala kenaikan ringgit sepatutnya mengurangkan kos bahan mentah.
Walaupun bahagian makanan mungkin terus melihat cabaran daripada kawalan tukaran mata wang asing di Myanmar, Texchem menyasar untuk meningkatkan permintaan tempatan dan mempelbagaikan rantaian bekalan ke Thailand menjelang 4QFY24 untuk mengurangkan kesan ini," katanya.
RHB Investment mengekalkan saranan 'beli' terhadap Texchem resources pada harga sasaran (TP) RM1.44.- DagangNews.com