KUALA LUMPUR 3 Okt - Maybank Investment Bank (Maybank IB) menyemak naik penarafan untuk sektor amanah pelaburan hartanah (REIT) domestik kepada "positif", kerana ia dijangka mencatatkan pertumbuhan pendapatan yang lebih baik di sebalik kadar penghunian dan sewa yang mampan, ditambah aset baharu.
Katanya, sektor REIT dijangka memberikan pertumbuhan pendapatan teras sebanyak 8.3% pada 2024 dan 9.8% pada 2025 berbanding 4.9% pada 2023.
"Kami menyukai M-REIT (Malaysia) dalam segmen industri bagi pendapatan berdaya tahan disebabkan penyewaan jangka panjang, dengan prospek pengembalian sewa kekal kukuh," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
REIT dengan aset runcit matang yang terletak di lokasi utama boleh mengekalkan kadar penghunian yang tinggi dan membolehkan pengembalian sewa yang positif, kata Maybank IB. Ia memberi penarafan "beli" teratas ke atas Axis REIT.
Selain itu, sebaran hasil dividen sektor REIT dan hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) 10 tahun berada pada aliran menaik berikutan prospek pendapatan yang lebih baik dan hasil MGS yang lebih sederhana.
“Sebaran hasil yang lebih tinggi menawarkan prospek ganjaran risiko yang lebih baik untuk M-REIT dengan sektor itu kini didagangkan pada 6.0% untuk 12 bulan akan datang dengan purata hasil bersih dan 233 mata asas (mata asas) melebihi hasil MGS 10 tahun,” katanya.
Maybank IB berkata, kebanyakan REIT di bawah liputannya memiliki pinjaman kadar terapung, antara 54% secara purata, yang berjumlah RM11.5 bilion daripada jumlah hutang sebanyak RM21.2 bilion untuk sektor itu pada akhir tahun suku kedua 2024.
Bagaimanapun, kadar dasar semalaman (OPR) yang tidak berubah memberikan penangguhan sementara kepada sektor itu selepas kos pembiayaan yang lebih tinggi pada 2023.
Indeks REIT Bursa Malaysia meningkat 9.6% pada akhir September 2024, didorong penurunan kadar dana Persekutuan AS dan keyakinan peningkatan pendapatan korporat.
Kompleks beli-belah di Kuala Lumpur, Slangor, Pulau Pinang dan Johor merekodkan kadar penghunian lebih tinggi pada 2Q2024 berbanding setahun lalu, kata Maybank IB memetik Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (Napic).
“Bagaimanapun, kadar purata penghunian nasional sebanyak 78.1% masih di bawah paras pra pandemik iaitu 79.2% pada 2019.
"Melangkah ke hadapan, segmen runcit terus menghadapi cabaran daripada bekalan baharu terutamanya di Lembah Klang,” katanya. - DagangNews.com