Palo Alto Networks sokong usaha kerajaan tingkatkan inovasi digital menjelang Bajet 2025 | DagangNews Skip to main content

Palo Alto Networks sokong usaha kerajaan tingkatkan inovasi digital menjelang Bajet 2025

Undang-undang keselamatan siber yang kukuh akan melindungi data peribadi, mengekalkan kepercayaan awam dan mewujudkan ekosistem digital yang berdaya tahan.
Oleh Shamsiah Zulkafli

KUALA LUMPUR 9 Okt - Peneraju firewalls, Palo Alto Networks menyokong penuh usaha kerajaan untuk meningkatkan inovasi digital yang bakal menganjak pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan, menjelang pembentangan Bajet 2025 pada 18 Oktober ini.

 

Menurut Pengurusnya di Malaysia, Sarene Lee, keselamatan siber adalah pemangkin asas Malaysia bergerak ke arah pendigitalan yang cemerlang, memastikan industri di negara ini disokong dengan keselamatan yang utuh dalam setiap lapisan infrastruktur agar kekal dilindungi. 

 

Katanya, ekosistem digital yang selamat bukan sahaja akan melindungi pertumbuhan ekonomi negara, tetapi juga selaras dengan matlamat Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2030, sekali gus menginspirasi keyakinan dalam kalangan pelabur dan rakyat.

 

Belanjawan
Sarene Lee

 

"Kami menantikan pengumuman penuh belanjawan. Melalui inisiatif kami dalam meningkatkan kesedaran keselamatan siber melalui latihan dan teknologi, kami menyokong wawasan Malaysia untuk mencapai matlamat transformasi digitalnya secara mampan. 

 

"Kami kekal komited untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia dan sektor swasta untuk membina masa depan digital yang selamat," katanya dalam satu kenyataan.

 

Penekanan terhadap penggunaan automasi, kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin adalah selaras dengan keperluan landskap digital Malaysia yang semakin berkembang.

 

Selaras dengan transformasi digital, harus ditekankan langkah-langkah keselamatan siber yang kukuh untuk melindungi aset digital negara dan mengekalkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan bertaraf dunia. 

 

Berdasarkan kenyataan Pra-Belanjawan yang menggariskan keutamaan kerajaan dalam Belanjawan 2025, Palo Alto Networks berdiri teguh dengan komitmen terhadap keselamatan siber negara dan mencadangkan pengiktirafan keselamatan siber sebagai komponen penting dalam usaha berkenaan.

 

Dengan pelbagai inisiatif yang disokong kerajaan untuk meningkatkan kepakaran dalam keselamatan siber, Malaysia mampu mengukuhkan kedudukannya di peringkat global sambil mewujudkan persekitaran yang mampu mengekalkan bakat mahir. 

 

Dengan memberi tumpuan pada latihan, pendidikan, dan pembangunan profesional, Malaysia kini sedang merancang untuk membina tenaga kerja yang berdaya tahan dan menjadi penyelesai kepada ancaman siber yang semakin berkembang.

 

Langkah-langkah keselamatan siber yang kukuh dalam semua perkhidmatan digital kerajaan adalah penting bagi cita-cita Malaysia untuk menjadi hab digital serantau. 

 

Undang-undang keselamatan siber yang kukuh akan melindungi data peribadi, mengekalkan kepercayaan awam dan mewujudkan ekosistem digital yang berdaya tahan—dengan menarik pelaburan berkualiti tinggi dalam pelbagai sektor di samping memupuk bidang-bidang pertumbuhan ekonomi yang baharu.

 

Tambahan pula, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) adalah tulang belakang kepada ekonomi negara dan memainkan peranan penting dalam melonjakkan Malaysia mencapai status sebagai negara berpendapatan tinggi. 

 

Keselamatan siber merupakan asas kepada ekonomi digital yang kukuh dan kompetitif, menjamin kebolehpercayaan infrastruktur digital yang kritikal dan memastikan inovasi serta pertumbuhan ekonomi negara. - DagangNews.com