Pendapatan Inari Amertron dijangka terjejas kesan pengukuhan nilai ringgit, kata RHB Investment | DagangNews Skip to main content

Pendapatan Inari Amertron dijangka terjejas kesan pengukuhan nilai ringgit, kata RHB Investment

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 16 Okt - Pendapatan Inari Amertron Bhd dijangka terjejas kesan pengukuhan ringgit memandangkan hasil kumpulan itu adalah dalam denominasi dolar Amerika Syarikat (AS).

 

RHB Investment berkata, lebih 90% daripada haril kumpulan itu adalah di dalam dolar AS tetapi sebahagian nilainya dilindungi oleh pembelian dalam mata wang AS yang mewakili 40%-50% kos barang jualan (COGS).

 

Katanya, penyusutan 1% tukaran mata wang asing  boleh mengakibatkan kesan sehingga 2% terhadap keuntungan kumpulan. 

 

"Pengurusan mengunjurkan, pemampatan margin yang berpunca daripada pergerakan tukaran mata wang asing negatif, boleh disampaikan kepada pelanggan melalui sebut harga yang disemak secara berkala, dan kecekapan kejuruteraan dan proses.

 

"Kami mengambil kira ringgit yang lebih kukuh sejajar dengan andaian tukaran mata wang asing dalaman kami kepada 4.10, 4.20 dan 4.20 daripada 4.30, 4.20 dan 4.20, menyebabkan pendapatan FY25-FY27 dipotong sebanyak 14%, 121% dan 1%," katanya dalam satu nota kajian.

 

Firma penyelidikan itu berkata pengurusan menjangkan pemuatan yang lebih rendah untuk rangkaian telefon pintar premium baharu tetapi pada masa sama melihat potensi peningkatan daripada keluaran berperingkat ciri kecerdasan buatan (AI).

 

Katanya, pada masa sama, pengurusan juga melihat potensi pertumbuhan dalam julat telefon bajet yang akan dilancarkan pada separuh pertama 2025.

 

Bagaimanapun, kumpulan itu meramalkan pertumbuhan kandungan dalam julat 15% dijangka untuk komponen RF baharu.

 

"Segmen optoelektronik seharusnya melihat lebih banyak daya tarikan pada separuh kedua 2025 dengan gentian optik dan produk LED kuasa menyumbang dengan lebih ketara – terdapat sasaran untuk menggandakan hasil menjelang FY26," katanya.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan "neutral" dengan harga sasaran (TP) RM3.06 sesaham.- DagangNews.com