Pertempuran di Lubnan: MALBATT 850-11 selamat | DagangNews Skip to main content

Pertempuran di Lubnan: MALBATT 850-11 selamat

Gambar/Facebook MALBATT 850-10

KUALA LUMPUR 8 Okt - Setakat ini tiada sebarang kemalangan jiwa mahupun kerosakan aset membabitkan pasukan Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 di Lubnan sejak serangan Israel ke negara itu, minggu lalu.

 

MALBATT 850-11 dilaporkan berada dalam keadaan selamat meskipun suasana semakin tegang susulan serangan Israel ke atas negara itu.

 

Setakat ini tiada sebarang kemalangan jiwa mahupun kerosakan aset membabitkan pasukan MALBATT berlaku sejak serangan lsrael ke negara itu minggu lalu.

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7423254417668951304.jpg?itok=Io4LEzdn","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7423254417668951304?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7239999029697168898","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}

 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata semua pasukan di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) termasuk MALBATT 850-11 sudah diarahkan untuk tidak melaksanakan operasi rondaan atau pergerakan logistik.

 

MALBATT
MALBATT 850-11 dilaporkan berada dalam keadaan selamat meskipun suasana semakin tegang di Lubnan.

 

"MALBATT 850-11 yang beroperasi di selatan Lubnan, diarahkan kekal di penempatan mereka oleh pihak UNIFIL.

 

"Markas UNIFIL sudah mengaktifkan perlindungan dalam kubu 'bunker drill' mengikut prosedur yang ditetapkan sehingga keadaan terkawal," katanya dalam satu kenyataan.

 

Mohamed Khaled berkata, sebarang perancangan untuk penarikan balik pegawai dan anggota MALBATT 850-11 kembali ke Malaysia adalah tertakluk kepada kelulusan UNIFIL.

 

"Perancangan penarikan balik berdasarkan tahap keselamatan dan ancaman dalam kawasan operasi.

 

"Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus memantau situasi di selatan Lubnan dan akan mengemaskini sebarang perkembangan membabitkan pasukan MALBATT 850-11. - DagangNews.com

 

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/hTA1z-HuTM0.jpg?itok=Zexzb6kF","video_url":"https://youtu.be/hTA1z-HuTM0","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}