Pestech umum pelantikan Mohd Zuki Ali sebagai pengerusi, Mohd Razeek sebagai MD | DagangNews Skip to main content

Pestech umum pelantikan Mohd Zuki Ali sebagai pengerusi, Mohd Razeek sebagai MD

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 18 Dis - Pestech International Bhd melantik bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali sebagai pengerusi bukan bebas, bukan eksekutif baharunya dan Datuk Mohamed Razeek Md Hussain Maricar sebagai Pengarah Urusan kumpulannya yang baharu.

 

Pestech, dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, berkata Tan Sri Mohd Zuki, 62, sebelum ini adalah ketua setiausaha negara ke-15 kepada kerajaan Malaysia.

 

"Beliau memegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Universiti Nanyang, Singapura, dalam program kerjasama dengan Massachusetts Institute of Technology, Boston," katanya.

 

 

razeek
Datuk Mohamed Razeek

 

 

Dalam makluman berasingan di Bursa Malaysia, Pestech berkata Mohamed Razeek, ​​66, memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Awam dari Polytechnic of South Bank, London.

 

"Beliau kini mengetuai operasi dan pengurusan Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd," katanya. - DagangNews.com