KUALA LUMPUR 5 Dis - Projek pembangunan pusat data YTL Power International Bhd berada di landasan tepat bagi menyediakan pertumbuhan pendapatan jangka panjang bermula tahun kewangan 2026 (FY26).
Hong Leong Investment Bank (HLIB) kekal yakin terhadap prospek pembangunan pusat data kumpulan.
YTL Data Center Holdings Pte Ltd (YTLDC) dan pusat data kecerdasan buatan (AI-DC) dijangka menjadi fasa pertumbuhan seterusnya kumpulan itu.
Pusat data YTL AI, menggunakan cipset NVidia GB200 mengikut jadual untuk disiapkan pada Januari 2025, ia disasarkan untuk menempatkan peralatan IT dalam tempoh dua hingga tiga bulan sebelum ditauliahkan pada April 2025.
"Tidak akan ada isu terlalu panas, kerana YTLDC akan menggunakan sistem penyejukan Direct-To-Chip.
"Oleh itu, kam menekalkan saranan "beli" ke atas YTL Power dengan harga sasaran (TP) tidak berubah sebanyak RM7 sesaham," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma penyelidikan itu percaya, penilaian semasa adalah baik memandangkan pendapatan PowerSeraya yang kukuh, pertumbuhan pendapatan Wessex Water dan permulaan projek pusat datanya.
Katanya, mereka mendapatkan peminjam untuk pusat data AI pada kadar yang menarik adalah pemangkin pengulangan utama yang diperlukan untuk YTL Power manakala penentuan muktamad yang dipertingkat oleh pengawal selia UK, Ofwat, untuk anak syarikat Wessex Water akan membantu mengurangkan ketidakpastian pendapatan kumpulan.
Segmen pusat data bersedia untuk menjadi enjin pertumbuhan seterusnya YTL Power dan sebab kumpulan itu memperoleh 647.5 hektar tanah di Kulai, Johor pada 2021, kata HLIB.
Setakat ini, YTL Power memiliki 100% YTL Sentul DC (5MW) di Kuala Lumpur, 50% daripada Dodid (12.5MW) di Singapura dan 100% YTLDC (menyokong beban IT sehingga 420MW hingga 430MW) di Johor.
YTLDC merupakan hab pusat data hijau, disokong oleh ladang solar 500MW yang mengelilingi bangunan pusat data fizikal.
Terdapat enam fasa pembangunan untuk YTLDC, di mana DC1 48MW adalah terutamanya untuk Shopee; DC2 100MW untuk YTL AI Cloud; DC3 40+40MW untuk penerima yang tidak didedahkan; DC4-6 belum mendapatkan mana-mana peminjam lagi, sementara terdapat pihak yang menyatakan minat.- DagangNews.com