Quality Concrete terima kontrak pembangunan tanah bernilai RM75 juta di Sarawak | DagangNews Skip to main content

Quality Concrete terima kontrak pembangunan tanah bernilai RM75 juta di Sarawak

Oleh Shamsiah Zulkafli

KUALA LUMPUR 19 Dis - Quality Concrete Holdings Bhd (Quality Concrete) menerima kontrak bernilai RM75 juta daripada LCDA Real Estate Sdn Bhd bagi kerja-kerja pembangunan tanah di Santubong, Sarawak.

 

Projek tersebut akan dilaksanakan oleh anak syarikatnya, QC Construction & Engineering Sdn Bhd dan melibatkan cadangan pengasingan, penggabungan, kelulusan merancang dan kejuruteraan (AVTC) dan pembahagian tanah.

 

Kontrak ini berlangsung selama dua tahun dari tarikh pemilikan tapak.

 

Bagi suku ketiga berakhir pada 31 Oktober 2024 (3QFY2025), Quality Concrete mencatatkan kerugian bersih yang lebih besar iaitu RM6.59 juta berbanding RM61,000 pada suku yang sama tahun lalu, berikutan penurunan hasil sebanyak 27.4% kepada RM38.06 juta berbanding RM52.42 juta.

 

Keuntungan syarikat terjejas lebih teruk apabila bahagian pembinaannya mencatatkan kerugian sebelum cukai yang lebih besar sebanyak RM7.5 juta berbanding RM2.3 juta sebelum ini, disebabkan pengiktirafan hasil yang lebih rendah. 

 

Kumpulan juga terlibat dalam operasi pengeluaran konkrit.

 

Saham Quality Concrete ditutup naik empat sen atau 3.77% pada RM1.10, memberikan nilai pasaran syarikat sebanyak RM63.76 juta. - DagangNews.com