Rizab antarabangsa Malaysia susut kepada AS$118.1 bilion pada 13 Disember 2024 - BNM  | DagangNews Skip to main content

Rizab antarabangsa Malaysia susut kepada AS$118.1 bilion pada 13 Disember 2024 - BNM 

Gambar NAIM AZIZ/Dagangnews
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 20 Dis - Rizab antarabangsa Malaysia susut kepada AS$118.1 bilion pada 13 Disember 2024 tahun ini, berbanding AS$118.3 bilion dua minggu sebelumnya pada 29 November 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

 

Bank Pusat itu berkata, kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali ganda daripada jumlah hutang luar negeri jangka pendek negara. 

 

"Daripada lima komponen utama rizab, yang terbesar ialah rizab mata wang asing, yang merosot kepada AS$105.1 bilion daripada AS$105.4 bilion, diikuti hak pengeluaran khas atau SDR, yang meningkat kepada AS$6 bilion daripada AS$5.9 bilion.

 

"Baki tiga komponen kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), emas (AS$3.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.4 bilion) tidak berubah," kata BNM dalam satu kenyataan, hari ini. 

 

Sementara itu, jumlah aset bank itu meningkat kepada RM597.36 bilion setakat 13 Disember 2024, daripada RM595.77 bilion pada 29 November 2024, manakala mata wang dalam edaran berjumlah RM167.59 bilion.- DagangNews.com