KUALA LUMPUR 7 Nov - CapBay, sebuah syarikat fintech Malaysia diiktiraf sebagai antara Fortune’s Fintech Innovators Asia 2024 di Festival Fintech Singapura 2024.
Syarikat pembiayaan rantaian bekalan dan pembiayaan antara akan setara(P2P) itu merupakan satu-satunya syarikat Malaysia dalam kumpulan 60 peneraju fintech, termasuk bank digital, syarikat pembayaran dan pemain kripto seperti Binance, WeBank, KakaoBank, Grab dan Ant Group.
CapBay berkata, sejak permulaan operasinya pada 2017, ia berperanan dalam mengubah landskap pembiayaan perniagaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh Asia Tenggara dari ibu pejabatnya di Malaysia.
"Platform kami memanfaatkan sistem penilaian kredit berasaskan kecerdasan minda (AI) yang menganalisis data canggih dan teknik pembelajaran mesin.
"Pendekatan inovatif ini membolehkan kami menyediakan rumusan pembiayaan penting kepada PKS yang sering diabaikan oleh institusi perbankan tradisional, menghasilkan pembiayaan lebih RM3.7 bilion (AS$900 juta) kepada lebih daripada 2,000 PKS yang tidak diberi tumpuan dalam 20 industri yang berbeza," katanya dalam kenytaaan hari ini.
Pengerusi CapBay, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pendekatan berasaskan teknologi syarikat membolehkannya mengekalkan kadar gagal bayar kurang daripada 0.5%.
"Pengiktirafan oleh Fortune mengesahkan komitmen kami menyediakan rumusan pembiayaan inovatif bagi menangani jurang akses kewangan yang dihadapi oleh PKS serta menunjukkan keupayaan kami untuk menyokong perniagaan yang kurang diberi layanan," kata beliau.
Selaras dengan pelan pengembangan strategiknya, CapBay baru-baru ini telah memperluaskan operasi ke Singapura dan Thailand, dengan aspirasi untuk menembusi pasaran di Vietnam, Indonesia, dan Filipina.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif CapBay, Ang Xing Xian menjelaskan misi syarikat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab untuk Asia Tenggara, memastikan syarikat tempatan sentiasa berkembang.
Memandang ke hadapan, CapBay kekal komited untuk membangunkan rumusan pembiayaan inovatif yang memenuhi keperluan perniagaan yang berubah-ubah dalam pelbagai pasaran.
"Kami berhasrat untuk memperkenalkan alat digital canggih yang direka bagi meningkatkan kecekapan operasi dan literasi kewangan dalam kalangan PKS, memastikan mereka bersedia untuk menghadapi cabaran persekitaran perniagaan yang dinamik," katanya. - DagangNews.com