T7 Global peroleh kontrak daripada ExxonMobil bagi kerja-kerja penyelenggaraan luar pesisir | DagangNews Skip to main content

T7 Global peroleh kontrak daripada ExxonMobil bagi kerja-kerja penyelenggaraan luar pesisir

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 5 Nov - T7 Global Sdn Bhd,  menerima surat anugearh (LOA) daripada ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc. (EMEPMI) untuk kerja-kerja penyelenggaraan luar pesisir Pan-Malaysia, pembinaan dan pengubahsuaian (MCM) serta perkhidmatan hook-up & pentauliahan (HUC) bagi Pakej B2 – Guntong. 

 

Dalam makluman kepada Bursa Malysia, kumpulan itu berkata, LOA yang diterima oleh anak syarikat milik penuhnya, Tanjung Offshore Services Sdn Bhd tersebut akan mula berkuat kuasa pada 1 Disember 2024 sehingga 30 November 2029. 

 

"Kontrak lima tahun itu tidak akan memberi kesan kepada jumlah modal saham terbitan dan pegangan saham pemegang saham utama syarikat.

 

"Lembaga Pengarah menjangkakan kontrak ini akan menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 (FY24) dan seterusnya sehingga tamat kontrak.

 

Katanya, antara faktor risiko kontrak tersebut termasuk risiko pelaksanaan seperti ketersediaan tenaga mahir, peralatan dan keadaan kawal selia.

 

"Walaubagaimanapun, Tanjung Offshore akan melaksanakan semua usaha yang diperlukan untuk mengurangkan pelbagai faktor risiko yang dikenal pasti," katanya.- DagangNews.com