KUALA LUMPUR 11 Nov - Keuntungan bersih Maxis Bhd pada 9MFY24 sebanyak RM1.1 bilion melebihi jangkaan tetapi sejajar dengan anggaran konsensus, kata Kenanga Research.
Firma penyelidikan itu menaikkan harga sasaran (TP) kepada RM3.80 daripada RM3.74 sesaham manakala, mengekalkan saranan 'market perform'.
Selain itu, Kenanga mengunjurkan pendapatan FY24/FY25 Maxis meningkat sebanyak 10%.
Katanya, syarikat telekomunikasi itu mengisytiharkan pembayaran kadar dividen sesaham (DPS) dividen pada 3QFY24 DPS sebanyak 4 sen, menjadikan DPS 9MFY24 DPS kepada 12 sen yang sejajar dengan anggarannya.
"Keuntungan bersih Maxis ada 9MFY24 didorong oleh hasil perkhidmatan stabil.
"Maxis mencatat hasil perkembangan perkhidmatan pada 9MFY24 sebanyak 3.9% YoY yang sejajar dengan anggaran tahunan kami.
"Sama seperti suku sebelumnya, pengembangan ini didorong oleh peningkatan pengguna pascabayar dan rumusan perusahaan dibantu oleh kontrak perkhidmatan perayauan domestik 4G MOCN dan 2G baharu untuk TM.
"Sebaliknya, ARPU mudah alih Maxis mengalami tekanan persaingan tinggi yang dicerminkan dalam penurunan pendapatan suku-ke-suku (QoQ) sejak 4QFY22.
"Walaupun strategi Maxis dalam memacu pemindahan daripada prabayar kepada pascabayar, terdapat pelanggan yang masih menggunakan prabayar sepanjang dua suku lepas," katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini.
Sementara itu, firma tersebut berkata, pelaburan Maxis sehingga hari ini (YTD) menunjukkan pertumbuhan hasil perkhidmatan teguh dan trend pelanggan sihat.
“Bagaimanapun, dalam jangka sederhana hingga panjang, kami menjangkakan Maxis akan ketinggalan di belakang pesaingnya, CelcomDigi Bhd (CDB).
"Ini disebabkan oleh skala ekonomi CDB yang lebih baik dan rancangan agresifnya mencapai RM8 bilion dalam NPV daripada sinergi penggabungan," katanya.- DagangNews.com