KUALA LUMPUR 11 Nov - Untung bersih Westports Holdings Bhd adalah sejajar dengan unjuran dan konsensus MIDF Research pada 3QFY24 dan 9MFY24, masing-masing menyumbang 76% dan 77% daripada anggaran pendapatan penuh FY24.
Firma penyelidikan itu berkata, untung bersih Westports pada 3QFY24 sebanyak RM230.9 juta itu mendorong kepada jumlah keuntungan kumpulan pada 9MFY24 iaitu RM639 juta.
"Bagi 3QFY24, volum pintu masuk Westports meningkat 8.7% pada YoY didorong oleh penurunan 9.9% volum pemindahan penghantaran yang dibantu oleh pergerakan kontena kosong yang lebih rendah.
"Walaubagaimanapun, hasil kontena meningkat 6.06% YoY didorong oleh perkhidmatan nilai tambah (VAS) pada 24.6%.
"Untung bersih pada suku itu meningkat 18.7% YoY, manakala untung teras kumpulan meningkat 13.3% dibantu oleh sumbangan VAS hasil kontena dan volum konvensional kukuh walaupun volum kontena susut 1.1%," katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini.
MIDF Research berkata, pengurusan menjangkakan volum kontena FY24 akan berakhir mendatar akibat peralihan dalam kesesakan pemindahan penghantaran dan keadaan pasaran lemah melembapkan momentum pertumbuhan.
"Pertumbuhan Westports pada FY25 dijangka mencecah 3.3% didorong oleh volum pintu masuk yang kukuh dan pemulihan dalam volum pemindahan penghantaran.
"Jumlah kontena mungkin menyaksikan peningkatan sementara jika penghantaran muatan hadapan sejajar dengan tarif perdagangan berikutan peralihan Presiden Donald Trump," katanya.
Sementara itu, MIDF Research mengekalkan saranan 'neutral' ke atas Westports dengan harga sasaran RM4.30 sesaham.- DagangNews.com