Tesla tidak berikan sebarang ancaman kepada sektor automotif tempatan - Kenanga Research | DagangNews Skip to main content

Tesla tidak berikan sebarang ancaman kepada sektor automotif tempatan - Kenanga Research

Tesla membuat penampilan sulung di Malaysia dengan pengenalan Model Y - Gambar/Bernama
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 21 Julai - Kenanga Research mengekalkan penarafan 'overweight' terhadap sektor automotif walaupun kenderaan elektrik (EV) Tesla dijangka diterima baik di negara ini.

 

Firma itu berkata, ia dijangka tidak menimbulkan sebarang ancaman kepada industri automotif tempatan dalam tempoh terdekat kerana lebih daripada 70% kenderaan yang dijual di dalam negara berharga di bawa RM100,000 selain 40% lagi di bawah RM50,000.

 

Firma itu berkata, Tesla berpotensi memberikan enjin pembakaran dalaman (ICE)  untuk SUV Bermaz Auto Berhad (outperform, TP: RM3.10), tertakluk kepada infrastruktur pengecasan menjadi lebih meluas di Malaysia.

 

“Kami mengekalkan saranan ‘overweight’ pada sektor automotif.

 

“Pilihan utama sektor kami kekal MBM Resources Bhd (outperform; TP: RM4.70) dan Bermaz Auto, kedua-duanya menawarkan hasil dividen yang menarik melebihi 7%,” katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Sementara itu, firma itu mengekalkan unjuran jumlah industri (TIV) tahun ini sebanyak 720,000 unit yang akan menyamai tahap rekod yang dicapai pada tahun lalu.

 

“Keyakinan kami disokong oleh keyakinan pengguna yang kukuh disokong oleh ekonomi yang stabil dan pasaran pekerjaan yang sihat, kemampuan membeli kenderaan bermotor yang disokong oleh harga kereta baharu yang stabil dan hasil penangguhan peraturan duti eksais baharu 

 

"Kaedah pengiraan kos yang lebih murah dan model baharu yang menarik.

 

"Unjuran itu adalah sejajar dengan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) yang baru-baru ini menyemak naik unjuran daripada 650,000 unit," katanya. - DagangNews.com