Tiada cuti gantian pertindihan cuti Hari Malaysia, Maulidur Rasul pada 16 September 2024 | DagangNews Skip to main content

Tiada cuti gantian pertindihan cuti Hari Malaysia, Maulidur Rasul pada 16 September 2024

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 26 Julai - Kerajaan Malaysia mengumumkan tiada cuti gantian bagi cuti umum bertindih pada 16 Sept, yang merupakan Hari Malaysia dan sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad (Maulidur Rasul).

 

Keputusan ini dibuat apabila kedua-dua cuti jatuh pada hari yang sama, hari Isnin.

 

hikayat

 

Menurut kenyataan daripada Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] tidak memperuntukkan cuti gantian automatik apabila dua cuti umum bertepatan pada hari bekerja.

 

Oleh itu, tiada lagi cuti umum tambahan pada hari berikutnya, Selasa, 17 September 2024.

 

Kerajaan bagaimanapun mengekalkan kuasa untuk mengisytiharkan hari lain sebagai hari kelepasan am jika difikirkan perlu. - DagangNews.com