Tidak hadir ke pejabat tanpa notis, Justin Lim dipecat daripada jawatan CEO Sersol | DagangNews Skip to main content

Tidak hadir ke pejabat tanpa notis, Justin Lim dipecat daripada jawatan CEO Sersol

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 8 Nov - Sersol Berhad memecat Datuk Justin Lim Hwa Tat daripada jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat itu berkuat kuasa Isnin, 6 November 2023.

 

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia Securities Berhad, syarikat itu berkata, tindakan itu adalah berpunca daripada ketidakhadirannya di pejabat tanpa notis sewajarnya.

 

Selain itu, beliau tidak tidak memberi maklum balas kepada surat tunjuk sebab yang dihantar oleh syarikat itu berikutan penggantungan jawatannya sebagai CEO pada 30 Ogos 2023.

 

Justin Lim mula menjadi tumpuan ramai bermula 12 Julai 2023, apabila Bahagian Siasatan SPRM menghantar notis bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu.

 

Kemudian didedahkan bahawa dia telah berada di luar negara sejak Feburari 2023, tetapi masih menjawat jawatan CEO kumpulan itu.

 

Makluman di Bursa Malaysia Securities, menunjukkan bahawa Justin masih memegang 23.12% kepentingan dalam Sersol.

 

Justin meletak jawatan sebagai pengarah SMTrack Berhad pada 15 Ogos 2023.- DagangNews.com