KUALA LUMPUR, 22 Okt. – Prudential Assurance Malaysia Berhad (Prudential) hari ini memperkenalkan tiga dana berasaskan pelbagai pelaburan bagi pelan-pelan perlindungannya demi menarik minat golongan pelabur sederhana dan agresif.
Tiga dana tersebut – PRULink Equity Plus, PRULink Global Strategic dengan Hedging dan PRULink Managed Plus ini menawarkan gabungan perlindungan insurans bersama manfaat pelaburan bagi memberi pemegang polisi membuat pilihan mengikut kehendak dan keperluan mereka.
Menurut Ketua Pegawai Pelaburan Prudential, Esther Ong, Prudential sentiasa berusaha untuk mempelbagaikan inovasi dana berkaitan pelaburan bagi memberi nilai tambahan kepada para pemegang polisinya.
“Semua dana ini diuruskan oleh pengurus dana profesional bagi membolehkan anda membuat pelaburan dalam pasaran yang lebih luas sekali gus meningkatkan potensi pulangan serta membantu mereka menikmati pertumbuhan jangka Panjang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
PRULink Equity Plus sesuai untuk golongan pelabur yang berselera besar untuk melabur dalam kedua-dua ekuiti tempatan dan global manakala PRULink Global Strategic (dengan Hedging) pula dikhususkan untuk mereka yang hanya berminat dalam ekuiti global.
Kelebihan dana PRULink Managed Plus Fund pula menawarkan profil risiko yang seimbang menerusi pelaburan bon Malaysia dan asing berkualiti tinggi selain ekuiti tempatan dan global.
Beliau menambah, Prudential menggunakan strategi pelaburan mampan bagi pelaburan ekuiti tempatan serta mengambil kira factor-faktor alam sekitar, sosial, dan t adbir urus (ESG) dalam setiap keputusan pelaburan yang dibuat.
Dana Prudential yang baru diperkenalkan ini diharapkan dapat membolehkan pelanggan Prudential memantapkan lagi kedudukan mereka dalam mengharungi ketidaktentuan pasaran dengan memanfaatkan peluang pelaburan global.
“Strategi lindung nilai ini dipraktikkan dalam pelaburan ekuiti global bagi menguruskan risiko mata wang untuk tiga dana baharu ini,” jelasnya.
Tempoh tawaran permulaan (“IOP”) untuk dana-dana baharu ini bermula dari 17 Oktober hingga 30 November depan.
Untuk maklumat lanjut tentang dana-dana ini, sila layari www.prudential.com.my. – DagangNews.com