TIV 2024 diunjur di bawah paras 600,000 unit selepas tempahan kembali normal, kata RHB Investment | DagangNews Skip to main content

TIV 2024 diunjur di bawah paras 600,000 unit selepas tempahan kembali normal, kata RHB Investment

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 2 Jun - RHB Investment menjangkakan jumlah keseluruhan industri (TIV) akan menjadi normal menghampiri di paras bawah 600,000 unit pada 2024 selepas tempahan kembali normal.

 

Katanya, pada masa sama ia tidak mempunyai pemangkin utama yang boleh mendorong TIV mencecah paras 700,000 unit.

 

Firma itu berkata, sebelum ini, TIV negara mencecah paras tertinggi pada 2022 dengan 721,000 unit dan pada 2023 dijangka menghampiri rekod itu (sasaran TIV RHB Investment: 680,000 unit).

 

"Untuk hampir semua model, tempahan kembali normal selepas tiada lagi tempoh menunggu (kecuali kenderaan import dan warna khusus) selain tempahan tertunggak semakin menyusut.

 

"Buat masa sekarang hanya Toyota, Perodua dan Honda mempunyai tempoh menunggu untuk semua model mereka.

 

"Kami juga menjangkakan kadar penggunaan kenderaan elektrik (EV) akan meningkat tetapi tidak akan memacu pertumbuhan TIV," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu mengekalkan penarafan 'neutral' untuk sektor itu dengan pasaran beransur-ansur menaikkan harga pada 2024 yang berpotensi menjadi lebih lemah.

 

Firma itu berkata, kekurangan pemangkin dalam sektor itu akan menaikkan harga saham pada kadar baharu yang lebih tinggi dan pada masa sama melihat UMW dan MBM Resourcesmemiliki potensi besar. - DagangNews.com