Tohtonku, Watsons jalin kerjasama pasarkan produk 'Kristin Ess Hair' | DagangNews Skip to main content

Tohtonku, Watsons jalin kerjasama pasarkan produk 'Kristin Ess Hair'

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Tohtonku dan Watsons menjalin kerjasama membawa koleksi mampu milik jenama berkualiti salon, 'Kristin Ess Hair' bagi memberi peluang kepada setiap wanita Malaysia mencipta rambut ‘sempurna’.

 

Susulan kejayaan pelancaran di Amerika Syarikat (AS), Kristin Ess Hair mengorak langkah seterusnya dengan meluaskan kehadirannya di Asia dan kini dijual secara eksklusif di Watsons Malaysia, di cawangan dan dalam talian.

 

Dengan kepakaran selama 22 tahun sebagai pendandan rambut serta pewarna rambut terkemuka, bersama pemahaman mendalam tentang produk untuk menghasilkan gaya rambut paling menawan, Kristin menghasilkan rangkaian pembersih, perapi, serum dan masker rambut, yang akan membantu mencapai matlamat rambut pengguna.

 

Berharga antara RM61 dan RM79, koleksi 16 produk yang sangat berpatutan akan terdiri daripada kategori berikut yang mudah dibeli mengikut warna: Membersih + Perapi, Pemulihan, Kulit Kepala, Bebas Pewangi dan Keriting. 

 

Setiap produk dalam koleksi Kristin Ess Hair telah direka untuk digunakan sama ada secara bersendirian, disepadukan ke dalam rutin penjagaan rambut semasa anda atau boleh digandingkan dengan produk lain.

 

Petua dan Panduan Kristin boleh didapati pada bahagian belakang setiap produk, bersama-sama dengan kaedah penggunaan yang mudah diikuti. Proses untuk mencipta penampilan klasik dan baharu kini menjadi semakin mudah.

 

Pengurus Besar Tohtonku Sdn Bhd, Patrick Ee berkata, sebagai jenama multinasional yang membawa pelbagai jenama pengguna besar-besaran dalam kategori kesihatan dan kecantikan, mereka sentiasa berusaha membawa pengalaman baharu kepada pelanggan. 

 

 

watsons
Patrick Ee

 

 

watsons

 

 

"Landskap kecantikan sentiasa berubah, dan kami percaya adalah penting untuk mempertingkatkan produk yang baik buat pelanggan dan komuniti. 

 

"Kami berbangga menjadi pengimport dan pengedar tunggal Kristin Ess Hair di Malaysia. Kami amat gembira dapat bekerjasama dengan Watsons untuk mempromosikan Kecantikan Bebas Kekejaman dan Bersih," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

watsons

 

 

Kristin Ess Hair kini boleh didapati secara eksklusif di cawangan Watsons Malaysia dan dalam talian, www.watsons.com.my. - DagangNews.com