Tol percuma sempena Deepavali mulai 11 hingga 12 November  | DagangNews Skip to main content

Tol percuma sempena Deepavali mulai 11 hingga 12 November 

KUALA LUMPUR 10 Nov -  Pengguna lebuh raya diberi kemudahan tol percuma selama dua hari bermula esok sempena cuti sambutan Deepavali.

 

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanti Linggi berkata, pelaksanaan pemberian tol percuma itu akan bermula jam 12.01 tengah malam ini hingga Ahad, berakhir jam 11.59 malam, lapor Berita Harian.

 

"Pengecualian tol akan diberikan kepada semua jenis kelas kenderaan di semua plaza tol kecuali di plaza tol di sempadan negara, iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

 

"Inisiatif ini dilaksanakan bagi meraikan semua rakyat Malaysia, terutama masyarakat kaum India beragama Hindu yang menyambut perayaan Deepavali.

 

"Ini juga selari dengan hasrat Kerajaan Perpaduan dalam membantu meringankan beban rakyat yang merentasi kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan," katanya dalam kenyataan, hari ini. - DagangNews.com