Toyota lancar Yaris G Limited bermula RM99,600, terhad 600 unit di Malaysia | DagangNews Skip to main content

Toyota lancar Yaris G Limited bermula RM99,600, terhad 600 unit di Malaysia

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 25 April - UMW Toyota Motor (UMWT) melancarkan model hatchback segmen-B, Toyota Yaris G Limited bermula pada harga RM99,600.

 

Model Yaris G yang dilancarkan itu adalah terhad kepada 600 unit di Malaysia. 

 

Penambahan baharu kepada barisan model Yaris itu menunjukkan inovasi automotif, menawarkan peningkatan prestasi lebih baik, pengendalian yang dipertingkatkan dan reka bentuk yang bergaya.

 

Yaris G Limited itu dilengkapi dengan waranti perbatuan tanpa had selama lima tahun penuh dengan sebahagian daripada bahagian prestasi dilindungi waranti setahun atau 20,000 kilometer (km) bagi memberikan jaminan tambahan untuk pengalaman pemanduan.

 

Model itu tersedia dalam pelbagai warna, termasuk pakej Sporty 2-Tone Exterior untuk menyesuaikan kedua-dua gaya hidup dan prestasi.

 

yaris

 

Presiden UMW Toyota, Datuk Ravindran K berkata, Yaris G Limited merupakan bukti komitmen Toyota bagi mentakrifkan semula pengalaman pemanduan. 

 

"Dengan ciri-ciri canggih dan keupayaan dinamiknya, G Limited menjanjikan pengalaman pemanduan yang menggembirakan, memenuhi permintaan pelanggan yang mencari gabungan kecanggihan dan keseronokan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Yaris G Limited didatangkan dengan sistem penyerap hentakan yang ditala khusus bagi meningkatkan keupayaannya mengambil selekoh dan responsif, memberi pemaduan pretasi pemanduan yang lebih baik di setiap selekoh. 

 

yaris

 

Sementara itu, kerangka badan dengan cengkaman tayar yang lebih baik dan ketepatan stereng memastikan pengendalian serta kawalan yang tepat.

 

Dilengkapi dengan pelbagai peningkatan prestasi, Toyota Yaris G Limited memberikan pengendalian yang fleksibel, serta kuasa yang dipertingkatkan yang memberikan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan.

 

Pengawal pendikit dan 'intake' udara sejuk meningkatkan prestasinya, sekali gus memastikan pecutan pantas.

 

yaris

 

Sementara itu, Ravindran berkata, Yaris G Limited mencerminkan dedikasi pihaknya terhadap inovasi dan kepuasan pelanggan dengan model edisi terhad itu ini menawarkan prestasi dan gaya yang dipertingkatkan.

 

"Dengan ciri canggih yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan pelanggan, Yaris G Limited adalah contoh takrifan semula mobiliti," katanya.,- DagangNews.com