Transformasi digital oleh Nu Ideaktiv menerusi aplikasi seeNi dan portal Kliik.je | DagangNews Skip to main content

Transformasi digital oleh Nu Ideaktiv menerusi aplikasi seeNi dan portal Kliik.je

Syamil Fahim Mohamed Fahim (kanan) dan Datuk Fadzli Abdul Wahit pada majlis pelancaran aplikasi seeNi dan portal Kliik.je pada 13 September 2024.
Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 16 Sept – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat inovasi digital melancarkan dua produk terbaharunya iaitu aplikasi seeNi dan portal Kliik.je dengan matlamat merevolusikan cara pengguna menggunakan kandungan digital.

 

Aplikasi ini menyediakan pelbagai jenis kandungan termasuk artikel, video, podcast, dan siri seeNi Original. Pengguna boleh mengakses aplikasi ini secara percuma melalui Google Playstore, Apple App Store, dan Huawei AppGallery.

 

Dengan seeNi, pengguna dapat menikmati pengalaman interaktif dengan menyukai, mengomentari, dan berkongsi kandungan yang mereka suka. Aplikasi ini juga membolehkan pengguna untuk menjadi pencipta kandungan dan memperoleh pendapatan melalui platform ini.seeNI adalah SuperApps yang dibangunkan oleh syarikat lokal untuk lokal.

 

Selain itu, di dalam seeNi juga mempunyai portal yang menggabungkan 18 IPs(Jenama Media) Ideaktiv serta menyediakan akses kepada Sinar Harian, Astro Awani, Amanz, Kita Family Podcast.

 

seeNi juga memberi ruang kepada pencipta kandungan seperti Hazeman Huzair dan Suhaib Henshin untuk berkarya. Selain itu, ia juga menyediakan siri original seperti WTH Podcast. Portal ini dirancang untuk menjadi destinasi utama untuk kandungan digital berkualiti dan menyokong pencipta kandungan tempatan.

 

Kliik.je pula adalah platform yang interaktif dan berasaskan komuniti, direka untuk memupuk kegembiraan dan keterujaan dalam kalangan komuniti, menawarkan aktiviti-aktiviti menarik dan boleh mendapat ganjaran menarik kepada penggunanya termasuk akses kepada pertandingan, sampel percuma, event, seminar, dan webinar.

 

Pengguna boleh mendaftar di Kliik.je dan memilih tugasan serta cabaran yang bersesuaian dengan minat mereka untuk menikmati ganjaran yang ditawarkan.

 

Pelancaran aplikasi seeNi dan portal Kliik.je ini disempurnakan oleh Naib Presiden Kanan MDEC, Datuk Fadzli Abdul Wahit yang turut dihadiri tokoh-tokoh industri, pemimpin politik, warga media dan orang ramai.

 

 

iktisad
Syamil Fahim Mohamed Fahim (kanan) dan Datuk Fadzli Abdul Wahit pada majlis pelancaran aplikasi seeNi dan portal Kliik.je pada 13 September 2024.

 

infiniti

 

 

Dengan aplikasi seeNi, rakyat Malaysia kini mempunyai akses kepada pelbagai jenis kandungan yang bukan sahaja mendidik tetapi juga menghiburkan. Portal Kliik.je pula akan menjadi pusat komuniti yang memperkasakan pengguna dengan pelbagai ganjaran dan peluang.

 

Ideaktiv yakin kedua-dua platform ini akan memainkan peranan penting dalam meningkatkan literasi digital dalam kalangan rakyat Malaysia dan pada masa yang sama, menyokong ekonomi digital negara. Inisiatif seperti ini adalah contoh terbaik bagaimana teknologi boleh digunakan untuk membawa kebaikan kepada masyarakat.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, ini adalah langkah awal yang mengujakan dalam usaha Ideaktiv untuk membentuk masa depan digital negara.

 

Menurutnya, aplikasi seeNi dan portal Kliik.je bukan sahaja membawa nilai tambah kepada pengguna, tetapi juga menyokong pertumbuhan industri kandungan tempatan.

 

Beliau berkata, komitmen Ideaktiv adalah untuk terus berinovasi dan memberikan yang terbaik kepada pengguna dengan menyediakan platform yang relevan dan bermakna.

 

Ideaktiv juga bercita-cita untuk menjadikan seeNi dan Kliik.je sebagai penanda aras baru dalam industri kandungan digital tempatan dan akan terus berusaha untuk menyediakan pengalaman yang unik dan bermakna kepada pengguna mereka, kata Syamil. - DagangNews.com