Untung bersih Astro suku keempat meningkat kepada RM44.36 juta | DagangNews Skip to main content

Untung bersih Astro suku keempat meningkat kepada RM44.36 juta

Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 21 Mac - Astro Malaysia Holdings Bhd mencatat untung bersih RM44.36 juta pada suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Januari 2024, melonjak berbanding untung bersih RM17.01 juta bagi suku yang sama tahun lalu.


     
Pendapatan 4QFY24 menyusut kepada RM819.85 juta daripada RM949.26 juta sebelumnya, diimbangi sebahagiannya oleh kenaikan hasil pengiklanan, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

 

Bagi tahun kewangan 2024, kumpulan itu mencatatkan untung bersih sebanyak RM27.69 juta berbanding keuntungan bersih RM210.48 juta tahun lalu.

 

Hasil pula menurun kepada RM3.34 bilion daripada RM3.61 bilion sebelum itu.

 

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Group, Euan Smith berkata, pelan strategik kumpulan untuk mengubahnya kepada syarikat penstriman digital mula membuahkan hasil.

 

Katanya, menjadi matlamat Astro menjadi Destinasi Hiburan dan Penstriman No.1. Malaysia menerusi transformasi pasukan yang sedang berjalan.

 

Ujar beliau, pelaburan terus ditumpu kepada kepada pertumbuhan jangka panjang dan mampan dengan meningkatkan kandungan tempatan yang merupakan kelebihan daya saing Astro.

 

"Menyayangi pelanggan kami dengan menyampaikan kandungan kegemaran mereka secara konsisten dalam cara yang mudah," katanya.

 

Menurut beliau, kekuatan semasa Dolar AS terus memberi kesan kepada kos perniagaan.

 

"Keadaan ekonomi tempatan dan sentimen pelanggan (termasuk kesan semakan Cukai Perkhidmatan baru-baru ini) juga memberikan cabaran kepada industri," jelasnya.- DagangNews.com