Untung bersih Superlon melonjak kepada RM2.3 juta pada 1QFY24 berbanding RM887,000 pada tahun lalu | DagangNews Skip to main content

Untung bersih Superlon melonjak kepada RM2.3 juta pada 1QFY24 berbanding RM887,000 pada tahun lalu

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 22 Sept - Untung bersih Superlon Holdings Berhad melonjak kepada RM2.3 juta pada suku pertama berakhir 31 Julai 2023 (1QFY24) berbanding RM887,000 bagi suku sama tahun lalu.

 

Kumpulan itu merekodkan hasil sebanyak RM27.9 juta bagi suku semasa yang mewakili penyusutan sebanyak RM1.9 juta atau 6.4% berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.

 

Penurunan itu adalah disebabkan oleh jualan yang lebih rendah untuk segmen dagangan bagi suku berkenaan.

 

Bahagian pembuatan mencatatkan hasil yang lebih tinggi sebanyak RM21.9 juta bagi 1QFY24 berbanding RM21.6 juta pada tahun lalu, peningkatan kecil sebanyak RM300,000 atau 1.4%.

 

"Hasil yang lebih tinggi daripada bahagian pembuatan disumbangkan oleh peningkatan dalam kedua-dua eksport & jualan tempatan terutamanya disebabkan oleh permintaan yang lebih tinggi daripada pasaran dan persekitaran pertukaran yang menggalakkan.

 

"Bahagian dagangan mencatatkan hasil yang lebih rendah sebanyak RM6 juta, tetapi keuntungan sebelum cukai lebih tinggi sebanyak RM500,000 bagi suku semasa berbanding RM8.2 juta bagi 1QFY23," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

 

Mengulas mengenai prospek, kumpulan itu berkata, persekitaran operasi kekal mencabar dengan kadar pertukaran mata wang asing dan harga bahan mentah yang tidak stabil

 

"Selain itu, konflik geopolitik yang berpanjangan di Eropah ditambah dengan tekanan inflasi menimbulkan risiko penurunan kepada pemulihan ekonomi global," katanya. - DagangNews.com