Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com
KUALA LUMPUR 2 Ogos - Vaksinasi secara 'walk-in' di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di kawasan Lembah Klang mula dijalankan hari ini.
Peluang tersebut dibuka mengikut jadual tertentu bagi warganegara dan bukan warganegara.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, vaksinasi secara 'walk-in' bagi warganegara adalah bermula hari ini hingga 4 Ogos 2021 khusus bagi golongan 40 tahun ke atas atau golongan komorbid.
Bagaimanapun, warganegara yang berumur 18 tahun ke atas pula akan dibuka bermula 5 hingga 22 Ogos 2021.
Bagi bukan warganegara pula, vaksinasi secara 'walk-in' dibuka bermula 9 hingga 11 Ogos bagi individu yang berumur 40 tahun ke atas atau golongan komorbid.
Sementara itu, golongan bukan warganegara yang berumur 18 tahun ke atas pula dibenarkan untuk 'walk-in' bermula 12 hingga 22 Ogos nanti.
JKJAV berkata, proses pemberian vaksin secara 'walk-in' itu dijalankan mengikut PPV yang dikhaskan menggunakan konsep 'siapa cepat dia dapat'.
Bagi tujuan tersebut, 10 PPV disenaraikan bagi warganenara dan bukan warganegara.
Berikut adalah senarai PPV yang dikhaskan;
Tambah JKJAV, orang ramai yang ingin mendapatkan vaksinasi secara 'walk-in' itu perlu membawa bukti yang menunjukkan lokasi bermastautin di Lembah Klang seperti alamat di kad pengenalan, lesen memandu, bil utiliti atau kad kredit, kad pekerja, kad pelajar atau lain-lain. - DagangNews.com