Vestland raih kontak bernilai RM240 juta bagi pembinaan rumah transit di Kuala Lumpur | DagangNews Skip to main content

Vestland raih kontak bernilai RM240 juta bagi pembinaan rumah transit di Kuala Lumpur

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 9 Nov - Vestland Berhad menerusi Vestland Resources Sdn. Bhd. berjaya meraih kontrak bernilai RM240 juta daripada Ambang Besar Sdn. Bhd. bagi kerja-kerja utama dan luaran dua blok rumah transit di Jalan Desa, Taman Desa, Kuala Lumpur.

 

Pembinaan itu melibatkan blok bangunan setinggi 34 tingkat dan 29 tingkat serta kemudahan berkaitan selain kerja-kerja mekanikal serta elektrik bangunan itu.

 

"Kerja-kerja pembinaan itu akan bermula pada 15 November 2023 atau pada tarikh pemilikan tapak yang akan dimaklumkan Ambang Besar.

 

"Projek itu perlu disiapkan dalam tempoh 30 bulan daripada tarikh pemilikan tapak," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Kontrak ini tidak akan memberi kesan ke atas modal saham terbitan dan pegangan saham kerana tiada terbitan saham biasa baharu dalam syarikat.

 

Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif terhadap pendapatan dan aset bersih kumpulan sepanjang tempoh kontrak dengan mengandaikan tiada kelewatan ketara dalam masa seperti yang dinyatakan. - DagangNews.com