[VIDEO] Kes video viral kereta merah mati enjin oleh MBSB Bank | DagangNews Skip to main content

[VIDEO] Kes video viral kereta merah mati enjin oleh MBSB Bank

 

MASA awal-awal tengok video ini, hairan juga apa sudah jadi kepada kereta merah ini. Enjin tak boleh nyala? Rosak. Akibatnya, pemandunya terpaksa keluar dan menolak kereta. Sendirian pula!

Pemandu menolak kereta Proton Saga merah

 

Orang keliling sekadar memerhati. Lumrah zaman sekarang, tolong tengok lebih ramai! Ada juga yang kelihatan mengambil gambar atau video pada telefon mereka. Kena pula di jalan raya sibuk. Bunyi hon bersambung-sambung. Seolah-olah memarahi pula kereta merah itu.

 

Tetapi kemudian, seorang demi seorang muncul membantu menolak kereta merah ini. Sebenarnya, video dua minit setengah ini memaparkan seorang lelaki tua yang memandu dalam kereta Proton Merah yang dihiasi dengan bendera Malaysia di pelbagai bahagian di Kuala Lumpur.

q

 

Video itu, kini boleh didapati di media sosial MBSB Bank, telah mendapat perhatian netizen. Sejak diterbitkan pada 15 Ogos lalu, video itu mendapat lebih daripada 423,000 tontonan. Video ini adalah eksperimen sosial daripada MBSB. Ia bermula dengan soalan: “Sejauh mana orang akan pergi untuk membantu seseorang yang mereka tidak kenali?”

 

Hasilnya? Sesuatu yang menggembirakan. Malah, menyentuh perasaan. Video diteruskan dengan adegan serupa dalam tetapan berbeza, tetapi hasilnya sentiasa sama. Mesej yang nyata, terang dan tepat ialah Rakyat Malaysia tidak pernah gagal untuk tampil membantu.

Tolak proton saga

 

Bahagian akhir video eksperimen sosial ini iaitu kesimpulan – menunjukkan beberapa rakyat Malaysia menolak kereta itu, disertai dengan kapsyen.

“... semasa kita bergerak bersama selangkah demi selangkah, kita akan sentiasa bergerak ke hadapan.”

Tolak kereta

 

Saksikan video terbitan MBSB bersempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang pasti membangkitkan semangat patriotisme kita. – DagangNews.com

Tonton video viral kereta merah ini di bawah :