Willowglen MSC raih kontrak RM12.75 juta bagi pemasangan sistem pengesanan pencerobohan pencawang di Singapura | DagangNews Skip to main content

Willowglen MSC raih kontrak RM12.75 juta bagi pemasangan sistem pengesanan pencerobohan pencawang di Singapura

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 1 Dis - Willowglen MSC Berhad menerusi anak syarikatnya, Willowglen Services Pte. Ltd. berjaya meraih kontrak bernilai RM12.75 juta bagi kontrak pemasangan dan penyelenggaraan sistem pengesanan pencerobohan pencawang daripada SP PowerAssets Limited dari Singapura.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, kontrak itu adalah bagi tempoh tiga tahun bermula 1 Disember 2023 hingga 31 Disember 2026.

 

"Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham Kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 hingga 2026," katanya.

 

Pada Ogos lalu, kumpulan itu berjaya memenangi kontrak bernilai RM12.58 juta daripada syarikat sama bagi penyelenggaraan unit terminal jauh Willowglen 6.6kV.

 

BACA JUGA: Willowglen MSC raih kontrak bernilai RM12.58 juta daripada SP PowerAssets Limited

 

Kontrak berkenaan tidak boleh diperbaharui dan risiko berkenaan dengan kontrak adalah risiko perniagaan biasa.

 

Tiada pengarah dan/atau pemegang saham utama syarikat atau orang yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan, secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak itu.- DagangNews.com