Yoodo bantu rakyat Malaysia kekal berhubung dengan tawaran kadar terendah | DagangNews Skip to main content

Yoodo bantu rakyat Malaysia kekal berhubung dengan tawaran kadar terendah


KUALA LUMPUR 24 Jun – Yoodo, perkhidmatan mudah alih digital sepenuhnya dan boleh ubah suai yang pertama di Malaysia, memperkenalkan tawaran Jaringan Prihatin yang paling jimat di pasaran!

 

Pas Prihatin Yoodo kini boleh dinikmati oleh pengguna yang layak dengan hanya RM5 sebulan untuk 80GB* data berkelajuan tinggi setiap bulan selama setahun.

 

Pas yang mulanya diperkenalkan pada harga bulanan RM20 untuk 80GB* data berkelajuan tinggi ini telah dikurangkan kepada hanya RM5 untuk membantu rakyat Malaysia dalam menghadapi cabaran ketika pandemik ini.

 

Pakej ini memberikan data berkelajuan tinggi bulanan sebanyak 20GB kepada pengguna yang layak, di samping tambahan 2GB harian PERCUMA yang boleh digunakan dalam tempoh satu jam pilihan mereka.

 

Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun berkata, pihaknya amat berbesar hati kerana dapat membantu mereka yang layak untuk kekal berhubung pada kadar yang berpatutan.

 

“Data berkelajuan tinggi besar manfaatnya untuk anda yang bekerja dari rumah, belajar mahupun untuk memasarkan perniagaan atas talian anda. Yoodo berbesar hati untuk menawarkan Pas Prihatin untuk membantu melengkapkan pekerjaan anda di samping menjimatkan wang pada masa yang sama.”

 

“Kami menggalakkan para pengguna untuk menyemak kelayakan mereka serta mendaftar untuk pas tersebut dengan mudah melalui aplikasi Yoodo dan seterusnya mengambil peluang tawaran ini,” tambah Tuck Mun dalam kenyataan di sini hari ini.

 

“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan kini dilanjutkan, kita akan lebih bergantung kepada internet untuk kekal berhubung antara satu sama lain atau menyempurnakan tugasan harian. Yoodo sentiasa bersama anda untuk membantu anda agar terus kekal berhubung,” katanya.

 

Pengguna yang layak boleh menggunakan tawaran tersebut selama 12 bulan sehingga 31 Julai 2022, iaitu tarikh akhir bagi penebusan tawaran.

 

Yoodo baru-baru ini juga telah mengembalikan promosi yang menawarkan data sebanyak 20GB dengan harga hanya RM20 setiap bulan. Promosi yang popular tersebut telah diperkenalkan sekali lagi atas permintaan dari pengguna Yoodo sendiri dan kini boleh dinikmati oleh semua pengguna.

 

Jaringan Prihatin merupakan satu inisiatif yang diselia oleh Kementerian Kewangan dan dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat Malaysia yang layak untuk kekal berhubung melalui tawaran internet daripada dana bernilai RM1.5 bilion keseluruhannya.

 

Sila layari: www.yoodo.com.my/jaringanprihatin untuk maklumat lanjut tentang tawaran Jaringan Prihatin Yoodo. - DagangNews.com