KUALA LUMPUR 26 Julai - ZCITY, sebuah aplikasi mudah alih rumusan gaya hidup terkemuka menyahut seruan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk melancarkan kempen inisiatif Payung Rahmah.
ZCITY berkata, kempen ini bertujuan mengurangkan beban kewangan rakyat Malaysia dengan menyediakan e-baucar bagi barangan keperluan dengan jaminan harga terendah dan menawarkan ganjaran menarik.
Di bawah inisiatif ini, pihaknya turut membantu individu dan keluarga dalam mengurus tekanan kos sara hidup dan mengatasi kos yang meningkat berkaitan dengan perbelanjaan harian.
"Kempen inisiatif Payung Rahmah menawarkan pelbagai inisiatif penjimatan kewangan yang direka untuk meringankan beban rakyat Malaysia, dan dijangka memberi manfaat kepada 33 juta rakyat Malaysia, termasuk generasi muda dan pelajar universiti.
"Pakej RAHMAH ZCITY ini diwujudkan sebagai usaha permulaan daripada ZCITY untuk membantu mengurangkan kos sara hidup dan membantu individu dan keluarga yang mempunyai sumber kewangan yang terhad untuk menyelesaikan semua keperluan harian," katanya dalam kenyataan media di sini.
Menurut kenyataan itu, melalui aplikasi ZCITY, pengguna dapat menikmati pelbagai faedah seperti baucar petrol, pembayaran bil, baucar makanan, baucar barangan runcit, dan lain-lain, kesemuanya dengan harga jaminan terendah.
Katanya, dengan memanfaatkan teknologi digital terkini, ZCITY memastikan pengalaman yang lancar dan memudahkan bagi para pengguna, membuatkan inisiatif ini mudah dicapai.
"Kempen Inisiatif Payung Rahmah kini sedang berlangsung dengan pelbagai pilihan yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia. Pengguna ZCITY boleh menerima e-baucar bernilai RM70 apabila mereka berbelanja sebanyak RM50.
"E-baucar ini boleh digunakan untuk pelbagai keperluan seperti mengisi minyak kenderaan, membeli makanan, membeli barangan runcit, dan menyelesaikan bil bulanan untuk perkhidmatan termasuk telekomunikasi, langganan TV, utiliti, dan banyak lagi," katanya.
Katanya, pakej ini meliputi pelbagai jenis baucar seperti petrol, bil, makanan/minuman dan pembelian barangan runcit. Semua baucar ini boleh ditebus semula secara digital melalui aplikasi mudah alih ZCITY.
Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ZCITY, Sam Teo berkata, pihaknya komited bagi menyokong rakyat Malaysia dalam menguruskan kos sara hidup mereka dengan efektif sambil mendapatkan ganjaran tambahan dalam bentuk rebat tunai untuk setiap perbelanjaan keperluan melalui aplikasi itu.
Katanya, selaras dengan inisiatif KPDN, pihaknya yakin bahawa kempen inisiatif Payung Rahmah akan memberikan bantuan praktikal kepada rakyat Malaysia, membolehkan mereka menjimatkan kos sara hidup sambil memenuhi keperluan asas mereka melalui platform gaya hidup digital.
"Melalui kerjasama rapat dan hubungan yang kukuh dengan KPDN, kami komited dalam memberi semula kepada masyarakat dengan memberikan sokongan yang memanfaatkan kepada rakyat Malaysia," katanya.
Sebarang maklumat lanjut mengenai Kempen Inisiatif Payung Rahmah dan cara menyertai, sila layari https://www.zcity.io/zrahmah atau muat turun aplikasi ZCITY dari https://www.zcity.io/download. - DagangNews.com