KDNK negara diunjur berkembang lebih perlahan pada suku ketiga sebanyak 5.1% - AmBank Research
KUALA LUMPUR 11 Nov - AmBank Economic Research mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang dengan lebih perlahan pada suku ketiga tahun 2024 (3Q2024) sebanyak 5.1%, turun daripada anggaran sebelumnya iaitu 5.3%.