AXA lancar FIT+APP untuk galakkan gaya hidup sihat | DagangNews Skip to main content

AXA lancar FIT+APP untuk galakkan gaya hidup sihat


KUALA LUMPUR 5 Julai - Sebagai syarikat insurans yang dipercayai dan komited dalam memperkasa kehidupan yang lebih baik dan sihat, AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) telah melancarkan FIT+ ― aplikasi kesihatan dan kesejahteraan mudah alih yang pertama oleh syarikat insurans am di Malaysia.

 

Pelancaran aplikasi Fit+ merangkumi matlamat utama AXA, iaitu memainkan peranan aktif dalam melindungi perkara yang penting bagi pelanggan. AXA berharap dapat menawarkan lebih daripada insurans kepada pelanggannya dengan memberikan perkhidmatan yang bermakna, bukan sahaja untuk membantu pelanggan kekal sihat dengan cara yang senang dan mudah diakses, tetapi juga memperbaiki tabiat dan gaya hidup mereka.

 

Ketua Pegawai Komersial AXA, Soo Wai Har berkata, pandemik ini telah meningkatkan permintaan secara dramatik sekaligus mendorong peningkatan dalam kemampuan, kualiti, dan akses terhadap penjagaan kesihatan melalui teknologi inovatif, lebih-lebih lagi kerana Malaysia mempunyai peratusan populasi pengguna digital tertinggi di Asia Tenggara.

 

"Menyedari peningkatan keperluan perlindungan ketika berlakunya inflasi perubatan dan pandemik yang berterusan ini, kami segera mempertimbangkan faktor-faktor yang mempengaruhi keperluan pelanggan dan memberikan penyelesaian inovatif yang dapat menyumbang kepada perlindungan kesejahteraan mereka.

 

"Dengan memperkenalkan Fit+ dan memberikan akses yang mudah kepada perkhidmatan dan maklumat kesihatan pada saat yang paling diperlukan, kami percaya kami dapat membantu pelanggan untuk menjaga kesihatan mereka sendiri dan mendapat perlindungan yang mereka perlukan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja," ujarnya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Ditawarkan secara eksklusif kepada pemegang polisi SmartCare Optimum dan SmartCare Optimum Plus, Fit+ direka khas untuk membantu pelanggan memahami dan mengurus kesihatan mereka sendiri dengan fungsi unik yang boleh disesuaikan seperti Penjejakan Rekod Kesihatan Peribadi, Penglibatan Kesihatan Peribadi, Penjejakan Perubatan Peribadi dan banyak lagi.

 

Fit+ senang dan mudah digunakan, pelanggan boleh mencari hospital atau doktor berhampiran dan menikmati pelbagai rencana kesihatan yang ditulis oleh profesional kesihatan.

 

Untuk menggalakkan pelanggan kekal sihat dan memberikan nilai yang lebih besar sepanjang perjalanan kesihatan mereka, AXA telah menerapkan sistem ganjaran dalam aplikasi – semakin sihat, semakin banyak 'mata ganjaran' yang akan diperolehi pelanggan untuk menebus baucar dan hadiah di dalam aplikasi.

 

Sebagai inisiatif kempen pelancaran, AXA juga memberikan mata ganjaran bernilai RM50 untuk pendaftaran pelan yang layak (SmartCare Optimum dan SmartCare Optimum Plus) dari 1 Julai 2021 hingga 30 September 2021 berdasarkan permohonan terawal.

 

Fit+ kini boleh dimuat turun di App Store dan Play Store.  sila layari www.axa.com.my/fit+andyou Untuk maklumat lebih lanjut. - DagangNews.com