EcoWorld Malaysia ambil alih tanah seluas 342.87 hektar berharga RM742.2 juta di Semenyih
KUALA LUMPUR 7 Nov - Eco World Development Group Bhd (EcoWorld Malaysia) mengambil alih 10 bidang tanah berkeluasan 342.87 hektar berharga RM742.2 juta yang terletak di Semenyih, Selangor daripada Boustead Properties Bhd.