Skip to main content
Kolum DEWI - 30 July 2021

Bagaimana mengusahakan diri bagi melaksanakan satu tindakan yang terbaik? 

 

PEMAHAMAN mengenai tindakan harus terperinci di mana tindakan itu merangkumi indikasi  iaitu satu perlaksanaan peraturan yang mempunyai satu garis panduan akan langkah-langkah harus diambil bagi mengelakkan, mengatasi atau melaksanakan.

 

Tiga amalan ini adalah contoh tindakan langkah-langkah bakal diambil setelah ia melalui satu garis panduan yang optimum. Penghasilan garis paduan optimum itu perlu mempunyai satu penyataan jelas mengenai bagaimana cara mencapai satu sasaran ataupun satu capaian matlamat.

 

Walau bagaimanapun, urusan tindakan itu kerap kali dilaksanakan setelah melalui dua indikator penting didalam merealisasikan perlaksanaan sesuatu tindakan iaitu informasi dan pengetahuan.

 

Perbezaan hanya akan berlaku sama ada tindakan itu adalah hasil daripada permulaan huraian dapatan informasi kemudian kepada pengetahuan dan arahkan kepada tindakan atau permulaan huraian akan bermula dengan dapatan pengetahuan terus kepada informasi dan dihasilkan kepada pembentukan tindakan.

dewi

Tindakan merupakan satu perbuatan dilakukan setelah menerima sebarang informasi positif atau negatif dan begitu juga dengan pengetahuan akan diperolehi dengan jenis pengetahuan positif atau negatif, pengetahuan tidak difinasikan sebagai pengetahuan atau kenal secara terperinci.

 

Pengetahuan ini  mengariskan dapatan diri yang telah atau belum maklum, telah atau belum faham, telah atau belum mengerti, faham atau belum faham, sedar atau belum sedar, mengakui atau tidak mengakui. 

 

Sinonim pengetahuan ini mencetuskan tindakan dimana ianya akan mengakibatkan  tindakan yang diambil sebagai contoh, perbuatan mengambil tahu, mengendahkan, menghiraukan, mengambil berat semua isi tindakan ini akan diambil dalam bentuk berbeza iaitu keadaan positif dan negatif.

 

Keadaan positif menyatakan satu tindakan yang pasti, tegas, tetap, gambaran yang sebenarnya, ini adalah sesuatu baik, mendatangkan manafaat baik dan membina pada individu dan persekitaraan.

 

Manakala keadaan negatif itu menghasilkan satu perbuatan membawa kesan atau pengaruh yang membahayakan dan merosakkan.

 

Ini  menjadikan diri individu kurang berani menghadapi  realiti dan cabaran juster bakal menjadikan tindakan marah hingga mencetuskan perbuatan dan tindakan negatif digunakan dalam membuat sebarang keputusan. 

 

Apabila sudah faham apakah dimaksudkan dengan pengetahuan, ini dapat membantu diri dengan mengkelasifikasikan adakah diri sendiri itu faham, apakah dimaksudkan pengetahuan yang difahami oleh diri sendiri?

 

Dan bagaimanakah jenis pengetahuan yang diamalkan? Pasti sudah mengetahui adakah nilai pengetahuan yang ada itu telah  mempengaruhi  jenis-jenis informasi untuk didapatkan, jenis-jenis informasi digunakan dan jenis-jenis informasi sebagai garispanduan dan rujukan. 

 

Maka ini jelas dinyatakan bahawa sebarang tindakan yang bakal dilakukan akan melalui ruangan pengetahuan dan informasi, ia tiada perbezaan sekiranya proses itu didahului oleh ilmu pengetahuan lalu merentasi informasi atau mendahului informasi dan melalui ilmu pengetahuan ini kerana setiap tindakan atau bentuk-bentuk tindakan terhasil dan terbentuk  melalui dapatan ilmu pengetahuan dan informasi.

 

Dapatan ilmu pengetahuan dan informasi ini harus diusahakan dengan terperinci, jujur dan mempunyai rujukan kajian yang dapat memberi gambaran terbaik iaitu gambaran positif untuk menjadikan tindakan dilaksanakan itu maksima dan pasti mencapai visi yang telah dinyatakan.

 

Walau bagaimanapun kesan negatif  bakal berlaku dan tidak tercapai visi yang dinyatakan itu sekiranya dapatan ilmu pengetahuan dan informasi digunakan sebagai asas kepada bentuk tindakan. Isi kandung Ilmu pengetahuan dan informasi diguna tidak berdasarkan asas visi dan misi yang telah digariskan.

 

Ini bakal menjadikan tindakan yang dilaksanakan itu dikategorikan sebagai tindakan lemah, tidak teguh dan tidak tegas ianya hingga menghasilkan kesan gagal tidak mencapai visi dan misi telah dipersetujui bersama sebelum ini.

 

INDIVIDU OPTIMISTIK

Apabila sudah mengetahui mengenai apakah dimaksudkan dengan mengusahakan diri bagi melaksanakan satu tindakan terbaik, pemahaman mengenai tindakan itu harus terperinci di mana tindakan itu merangkumi indikasi  informasi dan ilmu pengetahuan.

 

Keterperincian mengenai individu itu perlu dikaitkan dengan pemahaman nilai optimis yang mesti ada di dalam diri individu itu sendiri, apabila diri individu sudah memahami apakah dimaksudkan keperluan wujudnya nilai optimis dan pemahaman secara terperinci mengenai kesan nilai optimis di dalam perjalanan berduri kehidupan setiap individu.

 

Seperti yang telah kita fahami setiap individu bakal mengharungi pelabagai bentuk masalah maka dengan bentuk masalah itu telah memberi kepada individu itu satu gambaran informasi  mengenai informasi positif dan negatif.

 

Lalu diri sendiri mencari ilmu pengetahuan untuk diri sendiri bagi menggariskan asas ilmu yang ada dan ambil tindakan kepada keadaan tersebut hingga mengklasifikasikan dapatan itu digariskan sebagai panduan atau ilmu pengetahuan.

 

Maka apabila individu ini telah faham akan informasi yang telah diperoleh lalu dirujuk kepada dapatan ilmu pengetahuan dan ini bakal menghasilkan dapatan tindakan yang perlu dilaksanakan.

 

Justeru membuat pilihan keputusan sebagai pemberitahuan apakah warna-warna dikelasifikasi dan dipilih untuk tahu apakah hasil keputusan tersebut.

 

Individu optimistik akan menjadikan sesuatu kesukaran dan masalah di dalam kehidupannya dengan lebih jelas dengan mencari informasi dan kelasifikasikan permasalahan tersebut kepada masalah besar atau masalah kecil.

 

Apabila sudah memahami akan jenis masalah tersebut dapatkan informasi yang jelas bagi membantu mencari imu pengetahuan untuk direncanakan lalu di fahami bagi menyelenggarakan apakah jenis tindakan akan dipilih kerana tindakan dipilih itu dikelasifikasikan atau diletak disudut dapatan berbeza untuk menjadikan tindakan tersebut sebagai membuktikan, merealisasikan dan berkesan atas pemilihan tindakan.

 

Tindakan individu yang optimistik tersebut merupakan individu yang mempunyai nilai optimis,  sebagai contoh mencari sesuatu dapatan yang positif, mempunyai pendekatan dengan menyatakan masalah itu merupakan satu cabaran.

 

Nilai optimis mempunyai nilai keinginan yang sering menjadikan sesatu tindakan itu realiti dengan menyakinkan diri bahawa setiap kesukaran itu merupakan satu peluang baru dan setiap hari merupakan satu kehidupan baru dimana ianya mengariskan dapatan esok lebih baik daripada semalam.

 

dewi

 

Tanya pada diri sendiri dan fahami diri sendiri adakah diri ini seorang individu yang optimistik dan sesuai dengan keadaan semasa, sebagai contoh di dalam sebuah organisasi pemilihan seorang individu yang optimis itu perlu diutamakan.

 

Ini kerana individu optimis itu mempunyai nilai penyesuaian di dalam setiap tugasan yang telah dipertanggungjawabkan. Ia bukan saja melibatkan perhubungan bersama dalam pembentukan dan pengkelasifikasi kecemerlangan organisasi malahan ianya amat berkesan kepada kesuburan pengenalan dan perhubungan personaliti optimis di dalam organisasi.

 

Maka jelas dalam pembentukan bahagian penglibatan bersama mereka yang optimis itu, ianya bakal merealisaikan capaian visi dan misi.      

 

Justeru ini amat jelas nilai komunikasi rapat akan terhasil dengan kehadiran individu mempunyai nilai personaliti yang optimis kerana individu punyai nilai optimis itu yakin dan menyesuaikan amalan komunikasi ini dengan memberi keadaan positif dan justeru dapat memberi tenaga kepada individu dipersekitaraan untuk menjadi lebih optimis dan positif. 

 

 

Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah. - DagangNews.com

 

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI DEWI DI DAGANGNEWS.COM

 

 

Portfolio Tags